Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, February 24, 2011

Permulaan baik, anak muda sertai PAS di Kerdau

Hashim Abdullah   
TEMERLOH, 24 Feb: Penyertaan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Kerdau mendapat sambutan awal yang amat menggalakkan apabila seramai 15 orang pemuda Kampung Telok Sentang menyerahkan borang permohonan untuk menjadi ahli PAS.
Borang  permohonan keahlian anak-anak muda itu diserahkan sendiri Ketua PAS Cawangan Telok Sentang, Abu Bakar Bakri kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempena ceramahnya di kampung tersebut malam tadi.
Menurut Abu Bakar penyertaan golongan muda itu akan menambahkan semangat dan keyakinan PAS cawangan untuk berhadapan dengan pihak lawan pada pilihan raya kecil Dun Kerdau dan pilihanraya umum yang akan datang.
“Bersyukur kepada Allah di atas penyertaan golongan muda yang memberangsangkan ini dan kami menerima  banyak permohonan yang dalam proses pengumpulan maklumat dari golongan muda kampung yang berada di luar,” katanya.
Turut  menyaksikan penyerahan borang tersebut ialah Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular