Grab the widget  IWeb Gator

Monday, July 22, 2013

Kejadian Pelik ini hanya Berlaku di Malaysia yg AMAN dan sejahtera!!!

Laporan Tahunan Syarikat : Keuntungan MENINGKAT tapi SUBSIDI Rakyat terpaksa di potong!!
Sekitar 10 tahun dahulu tarif elektrik paling tinggi tidak sampai pun 30 sen kWh. Tetapi tidak untuk tika dan saat ini. Paling tinggi boleh terkena sehingga 42.4 sen per kWh.

Jangan risau, tarif elektrik di Malaysia masih murah dibandingkan dengan negara maju yang lain, berdasarkan laporan berita dari satu stesen berita yang terkenal di Malaysia iaitu ____________ . Contohnya?

Contohnya, Jerman. Ya…Jerman. Tetapi apabila kami cuba bandingkan pula antara GDP Malaysia dengan Jerman. Data yang kami perolehi adalah seperti di bawah ini :

1. GDP Jerman Tahun 2012 per kapita $USD$41,513
2. GDP Malaysia Tahun 2012 perr kapita $USD$11,981

Beza banyak rupanya satu perbandingan yang kurang sesuai. Mungkin ayat-ayat yang mampu “menghalalkan” kenaikan tarif elektrik di Malaysia adalah dengan ayat seperti di bawah ini :

“Jangan risau tarif elektrik di Malaysia masih lagi murah jika dibandingkan dengan negara seperti Sierra Lione”

KUALA LUMPUR – Ada kemungkinan tarif elektrik disemak naik kerana kerajaan berkemungkinan mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik, kata Tenaga Nasional hari ini.

Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie, berkata kerajaan telah memberikan subsidi tarif yang besar sekarang khususnya bagi gas.

“Jadi, keputusan sama ada tarif akan kekal sama atau dinaikkan, tidak akan dibuat oleh TNB, tetapi akan diputuskan oleh kerajaan.

“Sebagai sebuah negara, sukar bagi kita mengekalkan tahap subsidi yang dinikmati sekarang. Jadi, kesan ke atas kos tarif kuasa bergantung kepada kedudukan subsidi ini,” katanya pada satu sidang akhbar selepas mengumumkan keputusan kewangan suku ketiga syarikat itu hari ini.

Moggie berkata demikian sebagai jawapan kepada spekulasi bahawa syarikat utiliti kuasa negara itu mungkin menaikkan tarif elektrik selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 yang diadakan pada 5 Mei.

Kerajaan memberikan subsidi tarif kuasa sejak 2008 dan isi rumah yang menggunakan elektrik sebanyak RM20 ke bawah sebulan dikecualikan daripada membayar bil.

Tahun lepas, kerajaan membelanjakan RM146 juta bagi 1.1 juta pengguna domestik di seluruh negara. -Sumber : Bernama

Nampaknya, rakyat Malaysia perlu bersiap siaga untuk membayar lebih selepas ini. Adalah selepas kenaikan tarif elektrik, akan berlaku pula kenaikan harga minyak di Malaysia atas nama dan sebab bebanan kos subsidi yang ditanggung oleh kerajaan?

1. Jikalau subsidi kepada rakyat sejumlah RM146 juta setahun : MEMBEBANKAN kerajaan

2. Jikalau subsidi kepada IPP sejumlah RM6.4 bilion : Respon kerajaan?

Sumber : KLIK SINI

Jika subsidi elektrik begitu cepat dan mudah untuk dipotong sekali lagi, adalah kontrak & subsidi yang dinikmati berjumlah berbilion ringgit setiap tahun oleh taikun IPP di Malaysia turun dipotong?

P/S : Mungkin iklan penjimatan & kepentingan serta kebaikan pemotongan subsidi kerajaan terhadap tarif elektrik akan berkumandang & berputar selepas ini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular