Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, July 14, 2013

Jika Anwar Ibrahim Menyertai Barisan Nasional

okPada tahun 1987, UMNO menghadapi masalah yang paling getir apabila berlaku pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Tun Dr. Mahathir Mohamad ditentang oleh Tengku Razaliegh Hamzah manakala Tun Ghaffar Baba ditentang oleh Tun Musa Hitam. Di akhirnya, kemenangan berpihak kepada Tun Dr. Mahathir dan Tun Ghaffar Baba.

Beberapa ahli UMNO yang Pro-Tengku Razaliegh Hamzah membawa kes UMNO ke Mahkamah dengan dakwaan mereka bahawa beberapa cawangan haram telah terlibat di dalam pemilihan UMNO ketika itu. Akhirnya, Mahkamah membuat keputusan UMNO diharamkan.

Perpecahan di dalam UMNO semakin membesar apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad berjaya menubuhkan UMNO (Baru) manakala Tengku Razaliegh Hamzah menubuhkan Semangat 46. Beberapa kesan besar berlaku dalam landskap politik tanah air antaranya PAS berjaya merampas negeri Kelantan (1990) dengan bantuan Semangat 46, dan PBS keluar dari BN(1990) selepas tertarik dengan janji-janji Tengku Razaliegh di bawah stigma Gagasan Rakyat.

TENGKU RAZALIEGH HAMZAH & ANWAR IBRAHIM
Walau bagaimanapun, Tengku Razaliegh Hamzah mempunyai jiwa yang besar apabila kembali semula kepada UMNO dengan membubarkan Semangat 46. Pemimpin-pemimpin besar Semangat 46 seperti Tengku Razaliegh Hamzah, Datuk Rais Yatim, Datuk Shabery Chik dan ramai lagi dengan hati yang terbuka mereka mengisi borang keahlian UMNO dan membubarkan parti Semangat 46. Malah ramai pemimpin-pemimpin Semangat 46 menjadi Menteri Penuh.

Sehingga ke hari ini, selepas lebih 20 tahun, Tengku Razaliegh Hamzah tetap bersabar di dalam UMNO walaupun pengorbanan beliau membubarkan Semangat 46 berjaya menyatupadukan orang Melayu dan menguatkan politik orang Melayu. Apakah jiwa Anwar sesabar dan sebesar jiwa Tengku Razaliegh Hamzah?

Jika DS Anwar Ibrahim membubarkan PKR dan menyertai semula UMNO, apakah komen ahli-ahli UMNO? Saya yakin sudah pasti akan ada tiga keadaan. Pertama, ahli-ahli UMNO darah merah pekat pasti akan menolaknya selepas bertahun-tahun mereka mempertahankan UMNO dan kerajaan dari serangan Anwar. Kedua, ahli-ahli UMNO yang darah merah sederhana barangkali boleh menerimanya atas dasar perpaduan orang Melayu dan perpaduan Ummah. Ketiga, ahli-ahli UMNO berdarah merah biasa yang menerima apa sahaja keputusan kepimpinan tertinggi UMNO asalkan perjuangan UMNO kepada agama Islam, bangsa Melayu dan tanh air ini tidak diperjudikan.

Baru-baru ini saya bertemu seorang Profesor Sejarah di Universiti Malaya, beliau tidak menolak pendapat kemungkinan Anwar meninggalkan Pakatan Rakyat adalah logik. Beliau membaca dengan teliti isu Anwar di akhbar-akhbar utama minggu lalu, beliau tidak mempertikaikan hasil kerja saya tetapi orang lain yang tidak faham akan tertanya-tanya, malah beliau melihat hasil kerja saya boleh memberi impak besar kepada UMNO dan Pakatan Rakyat jika saya lebih berterus-terang.

Dalam pertemuan itu, kami melihat isu jika ahli-ahli UMNO menolak Anwar apakah mereka juga menolak Nurul Izzah dan Azmin Ali? Jika UMNO dan BN boleh menerima Ezam Mohd. Nor dan dilantik YB Senator, Dr. Chandra Muzafar, Anuar Shaari, Zainur Zakaria, Datuk S. Nallakarupan dan dilantik YB Senator, Ruslan Kassim, Mohd. Zahid Mohd. Arip, Lokman Noor Adam dan banyak lagilah bagaimana pula jika Azmin Ali dan Nurul Izzah menyertai UMNO atau BN? Azmin Ali sudah memberi banyak tanda-tanda, manakala Nurul Izzah hanya mengikuti arahan bapanya (Anwar).

Dalam hal ini, apakah bulan Ramadan Al-Mubarak ini akan menunjukkan “assabab” ke arah penyelesaian perpaduan itu?

Saya membaca buku Anwar yakni himpunan ucapannya (Menangani Perubahan;1986) dan saya dapati Anwar seorang yang suka menunggu masa dan keadaan yang sesuai! Anwar hadir di Kota Kinabalu pada tahun 1986 semasa Mesyuarat Agung USNO dengan cadangan Karim Ghani dan pemimpin-pemimpin muda USNO supaya UMNO dibawa masuk ke Sabah (1986). Ketika itu, Anwar adalah Ketua Pemuda UMNO.

Sebab itulah Anwar tidak akan memberi keputusan dalam tempoh 2 hari walaupun beliau sudah berjanji, beliau boleh merubahnya jika ianya belum meyakinkan dirinya!

Namun, saya tertarik dengan kata-kata Profesor UM itu, Anwar sebenarnya dirosakkan oleh penasihat-penasihat di sekelilingnya! Wallahu’alam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular