Grab the widget  IWeb Gator

Friday, April 15, 2011

Raja Petra Terkena Penyakit Pelupa?

Dalam temuramah Raja Petra terbaru di TV3suku, Raja Petra menafikan yang beliau menuduh Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan Altantuya.

Namun dalam SD beliau sendiri, Raja Petra menulis:
Raja Petra had confirmed in his SD of 18.6.2008 that he had been "
reliably informed " of these matters.
Bermaksud:

Raja Petra telah mengesahkan di dalam SD beliau bertarikh 16 June 2008 bahawa beliau telah dimaklumkan dari sumber yang boleh dipercayai.

Maknanya, sekiranya beliau mempercayai sumber-sumber beliau itu, maka beliau juga mempercayai semua tuduhan-tuduhan yang diberikan oleh sumber beliau. 

Yakni, beliau mempercayai tuduhan yang Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan Altantuya.

Lagi mahu putar ke, Raja Petra??? 

Hakikatnya, kesan dari temuramah TV3suku tersebut adalah percubaan mengaitkan Anwar Ibrahim di dalam tuduhan pembunuhan Altantunya kepada Anwar. Dengan kata lain, seolah-olah Anwar yang merancang segala usaha menuduh Najib dan Rosmah sebagai pembunuh Altantunya.

Hebat RPK ni. Berapa agaknya UMNO dah bayar dia ye?

" PRESS RELEASE
I refer to Raja Petra Kamaruddin's interview published on TV3
yesterday which attempted to qualify and explain away his own
Statutory Declaration dated 18.6.2008. The statutory declaration had
made serious allegations against Prime Minister Datuk Seri Najib and
his wife Datin Seri Rosmah. Raja Petra's statements made now almost
three years after that SD had been affirmed, are unimportant and carry
little weight. A statutory declaration must be read and interpreted on
the contents thereof. Subsequent television interviews have no bearing
on the contents or veracity of an SD, unless there is evidence of
duress which is not the case here. It is also crucial to note that
Raja Petra had confirmed in his SD of 18.6.2008 that he had been "
reliably informed " of these matters.

More importantly there remains no satisfactory explanation from Prime
Minister Najib or the Government to the allegations made by French
newspaper Liberation on the links between murdered Mongolian model
Altantuya Sharibu and the sale of three submarines by French company
Amaris to Malaysia. At the material time, Najib was Defence Minister
and was responsible for the purchase. This question is of immense
public interest. There is also no reasonable explanation yet as to why
Malaysian company Perimekar received payment of Euros 114 million out
of the submarine deal. The whole deal is now the subject of an ongoing
Fench corruption investigation. It is disappointing that whereas the
French have actively pursued an investigation into the matter, in
Malaysia the matter seems to have been swept under the carpet. The
allegations and the surrounding issues are so serious and of such
wide-ranging impact as to merit a Royal Commission of Inquiry.

N. SURENDRAN
VICE PRESIDENT
KEADILAN

KENYATAAN MEDIA

Saya merujuk kepada wawancara bersama Raja Petra Kamaruddin yang
disiarkan di TV3 semalam yang bertujuan untuk memesongkan fakta di
dalam Akuan Bersumpah beliau bertarikh 18 Jun 2008. Akuan Bersumpah
tersebut telah mendedahkan dakwaan seri us terhadap Perdana Menteri
Dato' Sri Mohd Najib Razak dan isterinya Datin Sri Rosmah Mansor.

Kenyataan Raja Petra semalam yang dibuat tiga tahun selepas Akuan
Bersumpah tersebut kelihatan tidak begitu penting dan kurang bernilai.
Satu-satu Akuan Bersumpah perlu dibaca dan ditafsirkan berdasarkan
kandungan sepenuhnya. Wawancara televisyen tidak sedikit pun
menjejaskan isi atau kebenaran kandungan Akuan Bersumpah, melainkan
wujud bukti berlakunya tekanan yang mana ianya tidak berlaku dalam kes
ini. Adalah penting untuk dinyatakan bahawa Raja Petra telah
mengesahkan Akuan Bersumpah beliau pada 18 Jun 2008 di mana beliau
telah dimaklumkan oleh "sumber yang boleh dipercayai" berkenaan
perkara ini.

Apa yang lebih mustahak adalah tiada penjelasan yang memuaskan dari
Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib atau pihak Kerajaan berkaitan
dakwaan oleh akhbar Liberation yang berpengkalan di Perancis tentang
kaitan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu dan penjualan
tiga buah kapal selam oleh syarikat Amaris dari Perancis kepada
kerajaan Malaysia. Pada ketika itu, Najib merupakan Menteri Pertahanan
dan bertanggungjawab ke atas pembelian tersebut. Persoalan ini adalah
sangat mustahak dalam konteks kepentingan awam.

Juga tiada sebarang penjelasan yang jelas tentang mengapa syarikat
Perimekar dari Malaysia menerima bayaran €114 juta dari urusan
pembelian kapal selam. Urusan pembelian tersebut kini di dalam
siasatan di Perancis kerana dipercayai melibatkan unsur rasuah. Adalah
mengecewakan manakala pihak Perancis giat meneruskan siasatan ke atas
perkara ini, namun di Malaysia ianya kelihatan 'disapu ke bawah
permaidani'. Dakwaan dan isu yang menyelubunginya adalah sangat serius
dan sewajarnya ditubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk melakukan
siasatan.

N. SURENDRAN
Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular