Friday, April 15, 2011
20,000 banjiri ceramah kemuncak DAP di Kuching
Keadaan menjadi kelam-kabut di perhimpunan anjuran DAP di Kuching lewat petang tadi apabila apabila polis menyerbu ke atas pentas untuk menghentikan pengasas DAP Sarawak, Chong Siew Chiang daripada berucap.
Para penyokong segera membentuk perisai manusia untuk
menghalang kemaraan anggota polis yang ketuai OCPD Kuching, Mun Kok Keong.
Berlaku tolak menolak antara penyokong DAP dan anggota polis, sehinggalah pihak polis berhenti mengasak.
Pada atu ketika, Mun datang hampir kepada Chong menyebabkan para penyokongnya mara ke hadapan untuk menghalang pegawai polis itu daripada menghampiri pemimpin mereka.
Suasana bergegar dengan laungan "Ubah" dan "DAP" dan keadaan kembali senyap selepas pengerusi majlis meminta mereka supaya bertenang.
Atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan, pihak polis beredar dari pentas tersebut, disambut dengan kegembiraan para hadirin yang jumlahnya mencecah 20,000 orang.
Apabila ditanya sama ada mereka membenarkan polis menghentikan majlis tersebut, mereka membalas dengan laungan "Tidak!"
[Baca berita penuh]
Sementara itu, di Sri Aman, unit tujuh anggota anti-rusuhan dan kira-kira 20 anggota polis lain mengawal kawasan di depan pusat operasi DAP di situ, untuk menghalang perhimpunan parti itu malam ini.
Polis menafikan permit kepada parti itu untuk mengadakan perhimpunan akhir malam ini atas alasan ceramah tidak dibenarkan di kawasan terbuka di Sri Aman.
Bagaimanapun, DAP nampaknya sudah bersiap sedia untuk meneruskan perhimpunan tersebut.
Orang ramai semakin bertambah memenuhi kawasan lapan di situ. Sehingga jam 7.40 malam, jumlah dianggarkan sekitar 400 orang.
“Ini double standard, mengapa perhimpunan di Kuching dan bandar-bandar lain dibenarkan? Ini kan masa pilihan raya," kata ahi parlimen DAP Klang, Charles Santiago yang turut berada di situ.
DAP Sri Aman gagal mendapatkan permit polis untuk mengadakan ceramah di tempat terbuka sepanjang tempoh berkempen dalam pilihan raya negeri Sarawak ini.
Ceramah terbukanya yang pertama diadakan dua malam lalu, juga diganggu oleh polis, tetapi dibenar diteruskan selepas puas berunding.
Pada jam 7.40 malam, Santiago merayu kepada seorang pegawai polis supaya membenarkan ceramah itu diteruskan untuk tempoh satu jam sahaja.
Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga beusaha untuk memujuk Santiago supaya membatalkan ceramah tersebut kerana tidak mendapat permit.
Ketegangan meningkat, dan suara-suara kedengaran dari kalangan orang ramai yang nampaknya tidak sabar dengan apa yang berlaku, dengan melaungkan "Kami mahu ceramah" dan "Undi roket untuk perubahan".
Selepas berunding, DAP akhirnya mengalah dan bersetuju untuk memindahkan ceramah tersebut ke sebuah restoran berhampiran.
Calon DAP bagi kerusi Simanggang, Leon Donald memberitahu orang ramai bahawa ceramah tersebut terpaksa dipindahkan ke Restoran Alisan berhampiran.
Polis mengumumkan melalui pembesar suara bahawa ia adalah satu perhimpunan haram, dan mengarahkan orang ramai beredar dalam masa lima minit. - Mkini
TOP Ten Minggu INI
-
Ucapan YB Saifuddin ketika membahas titah YDP Agong di Parlimen turut menyentuh kenyataan Muhyiddin mengenai kejadian baling batu terhadap k...
-
Hiasan Jalanraya di Kuala Lumpur Sesak Teruk Pagi Ini KUALA LUMPUR 12 SEPTEMBER: Jalan ke pusat bandar Kuala Lumpur dan sekitarnya sesak ...
-
Mitshubishi tiru proton wakaka!! Tragedi yang menyayat hati telah berlaku petang tadi depan mata masa gua singgah showroom Edaran Otomobil...
-
Hanya dalam jangka dua tahun, Barisan Nasional yang seketika dahulu diumpamakan sebagai "kapal yang sedang karam", kini menjadi k...
-
by Dr. Lim Teck Ghee A few days ago, two senior academics involved in the writing of history textbooks emerged from the shadows with the ...
-
PKR slammed Prime Minister Najib Razak and the Election Commission for failing to ensure free and fair elections at Sarawak, where a huge g...
-
Harakahdaily KOTA BHARU, Feb 18: PAS Murshidul Am Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (right) has attacked race-based policies such as the...
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
Kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang penuh berkias-kias, selain gemar menggunakan bahasa tinggi yang tidak tercapai dek akal orang kampun...
-
PAS tetap menaruh harapan untuk melakukan 'kejutan' dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau pada 6 Mac depan.
Paling Popular
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
Mungkin ada yang dah kenal, atau mungkin baru nak mengenali bakal pemimpin akan datang kita ni. Apa yang dipaparkan nanti betul-betul tidak...
-
Anak main fb, bapak dalang hina hudud terkantoi Konspirasi didedahkan oleh hanief = malaysianews Guna user name matamata . Disyaki seba...
-
DAYAH paling kanan yang hampir nak tersembul tu..
-
Edisi Berita Tak Pelik Setelah persetujuan rundingan meja bulat oleh Menteri-menteri BN yang kaya melebihi tokey 18 petrol pam dibuat dip...
-
Menteri Kata Tidak Salah Tonton Porno Jika Bukan Cari KEUNTUNGAN. Wow!
-
-
Rakaman pengisytiharan Siapa Penderhaka Di Gua Musang di dalam Majlis Ramah Mesra Ke Bawah Duli yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Bersama ...
-
Mitshubishi tiru proton wakaka!! Tragedi yang menyayat hati telah berlaku petang tadi depan mata masa gua singgah showroom Edaran Otomobil...
-
ADAKAH IA SEBAHAGIAN DARI KONSPIRASI DAJAL / PARA KONSPIRATOR DUNIA ??