Menurut Saripuddin, suruhanjaya itu juga telah mendapatkan bantuan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London untuk membantu menghubungi pakar forensik Britain, Prof Dr Peter Vanezis.
Dr Vanezis dan Dr Pornthip pernah memberi keterangan pada inkues yang lalu, masing-masing dilantik oleh keluarga Teoh dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 26 Jan lalu, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat "keputusan terbuka" berhubung kematian pembantu politik itu.
Teoh, 30, setiausaha politik anggota exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu - Mkini