| Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin |
| Isu pluralisme digembar-gemburkan oleh sesetengah media dalam negara ini. Apakah tujuan sebenar, saya kurang pasti. Namun, apa pun dalam dunia terbuka hari ini, isu-isu pemikiran memang tidak dapat dielakkan. Cumanya, dalam membahas isu sebegini, ada yang ikhlas, ada yang berpolitik dan ada yang mengambil kesempatan tertentu. Jika kita lihat isu ‘Valentine’s Day’, ramai yang membantah atas alasan ia tiada dalam Islam. Menariknya,‘hari ibu’, ‘hari bapa’, ‘hari buruh’, hari pesakit aids dan seumpamanya juga tiada dalam ajaran Islam tapi tidak dibantah. Jika ada yang menyatakan ‘Valentine’s Day’ memberikan kesan negatif kepada masyarakat, sambutan tahun baru dan kemerdekaan pun apa kurang. Betapa ramai yang mengambil kesempatan pada malam-malam tersebut untuk bermaksiat. Namun, tidak kuat sangat bantahan terhadapnya. Ya, kita bersetuju dengan bantahan sambutan Valentine’s Day untuk orang Islam, namun kita mesti memberikan justifikasi yang jelas. Apabila ada agenda yang tidak jelas, masyarakat akan kehairanan terhadap banyak asas tindakan yang dikaitkan dengan Islam ini. Saya melihat ada seorang dua yang menulis tentang pluralisme di media tertentu dan seminar mereka ini diwar-warkan oleh media tertentu. MB Kelantan turut dikaitkan dengan pluralisme. Menariknya, ada yang lantang tentang pluralisme ini dalam masa yang sama menganut dan mengiktiraf ‘wahdatul wujud’ ala Ibn ‘Arabi iaitu kesatuan antara Tuhan dan makhluk dalam makam kerohanian. ‘Wahdatul wajud’ ini kepercayaan yang dikongsi oleh banyak agama dalam pelbagai tafsiran. Tidaklah pula mereka menganggap diri mereka telah jatuh ke lembah pluralisme agama. Maka, sekali lagi pelbagai persoalan timbul tentang isu pluralismeyang dibangkitkan oleh kelompok tarekat ini. Lebih daripada itu, mereka tidaklah lantang ketika tokoh-tokoh politik yang ‘membela’ mereka melakukan upacara ritual agama lain dalam perayaan tertentu. Sebaliknya mereka yang memuja dan memuji tokoh-tokoh politik dengan pelbagai nas agama. Pluralisme dan Relativisme Adakah ‘pluralisme agama’ ini kufur atau tidak? Sebenarnya, ini tidak dapat dijawab melainkan kita terlebih dahulu jelas apakah yang seseorang itu faham dari pluralisme agama atau ‘religious pluralism’ tersebut. Jika dia memahami pluralismeitu menganggap semua agama itu sama nilaian di sisi Tuhan, kebenaran itu dikongsi secara bersama atau kebenaran itu relative maka itu pastinya bertentangan dengan akidah Islam dan membawa kepada kekufuran. Ini bererti kefahaman pluralisme ini menyamai kefahaman relativisme. Namun, jika dia menganggap bahawa pluralisme bererti mengiktiraf kepelbagaian agama, cuba memahami lebih mendalam antara satu sama lain dan bersikap bertolak ansur tanpa menggadaikan prinsip-prinsip akidah Islam terutamanya hanya Islam sebagai agama Allah, maka itu tidak membawa kepada kekufuran. Di sini bererti, kefahaman pluralisme ini tidak sama dengan relativisme yang menganggap kebenaran adalah sesuatu yang relatif. Maka, isu pluralisme ini bergantung kepada tafsiran pihak yang berbicara. Setiap pihak mempunyai kefahaman yang tersendiri tentang hal ini. Diana L. Eck (Harvard University) menyatakan pluralisme tidak sama dengan relativisme. Pluralisme tidak menuntut seseorang meninggalkan identiti dan tanggungjawab. Juga tidak semesti bersetuju dengan semua yang diperkatakan oleh pihak yang lain. Namun bersetuju untuk berbincang, memberi dan mendengar pandangan pihak lain. Katanya:
Apa yang penting bukan istilah-istilah ini tetapi kepercayaan atau akidah seseorang muslim berkaitan hal ini. Jika dia percaya semua agama adalah berkongsi kebenaran yang sama, atau kebenaran itu sesuatu yang subjektif, boleh dilihat pada dimensi yang berbeza, maka itu pluralisme yang kufur. Jika dia menganggap hanya Islam agama wahyu yang diiktiraf di sisi Allah, namun kepelbagaian agama adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, manusia mesti belajar memahami antara satu sama lain, berbincang dengan cara yang baik, sudi untuk berdialog dan menyemakkan sikap dan tindakan, maka ini tidak kufur. Bahkan itulah yang dilaksanakan oleh sarjana Islam yang terbilang. Prinsip Islam Isu ini hendaklah ditangani dengan asas ilmu, bukan dengan fanatik, atau kepentingan politik. Realiti atau hakikat Islam dan kehidupan masyarakat manusia itu hendaklah difahami. Di sini saya sebutkan beberapa asas penting untuk kita fahami; i. Seorang muslim wajib beriktikad bahawa hanya Islam yang diterima di sisi Allah. Islam itu agama Nabi Muhammad s.a.w dan seluruh para nabi sebelum baginda. Firman Allah (maksudnya):
Maka, muslim tidak percaya semua agama sama di sisi Allah di sudut kebenaran dan wahyu. Ini soal akidah. Namun bukanlah bererti Islam membezakan manusia di sudut keadilan dan hak kemanusiaan. ii. Pun begitu, Islam mengiktiraf kewujudan agama lain dan hak mereka untuk berpegang dengan apa yang mereka yakin. Maka Islam menegaskan: (maksudnya)
Ayat ini diturunkan kepada golongan Ansar di mana dalam kalangan mereka mempunyai anak-anak yang telah diyahudi atau dikristiankan. Apabila Islam datang, mereka ingin memaksa anak-anak mereka menganut Islam, maka Allah melarang mereka berbuat demikian sehingga mereka sendiri membuat pilihan. Lalu diturunkan firmanNya tadi. Kata Ibn ‘Abbas:
Demikianlah ajaran Islam. Jika ibubapa pun tidak boleh memaksa agama anak sendiri, inikan pula orang lain. iii. Islam tidak memusuhi pengikut agama lain hanya kerana perbezaan agama. Bahkan muslim disuruh berbuat baik kepada mereka yang tidak menzahirkan permusuhan kepada Islam. Firman Allah (maksudnya):
iv. Islam mengiktiraf kebaikan yang ada pada agama lain dan pengikutnya seperti mengiktiraf halalnya sembelihan Yahudi dan Kristian dan keizinan berkahwin dengan wanita mereka. Ini disebut dalam Surah al-Maidah ayat 5. Demikian Islam mengiktiraf kebaikan yang ada pada golongan paderi Kristian. Firman Allah:
v. Islam melarang penganutnya menzalimi penganut agama lain. Perbezaan tidak boleh membawa kepada penindasan dan kezaliman. Firman Allah (maksudnya) :
vi. Islam menggalakkan dialog dalam suasana yang harmoni dan baik. Firman Allah (maksudnya).
Maka isu pluralisme hendaklah ditangani dengan ilmu, bukan fanatik atau kepentingan politik, tetapi hendaklah realitik dengan asas Islam dan kehidupan manusia. |
Friday, February 25, 2011
Dr Maza: Pluralisme agama antara politik, fanatik dan realistik.
TOP Ten Minggu INI
-
Ucapan perbahasan menjunjung titah Yang Dipertuan Agong oleh Ketua Pembangkang yang disampaikan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution h...
-
-
Isu SUK : ADUN Umno Didakwa Peralat Istana SHAH ALAM 14 JAN : Adun Umno sekali lagi memperalatkan Istana untuk mencapai hasrat mereka memu...
-
Utusan cuba sensasikan ‘kesalahan’ muslimat PAS KUALA LUMPUR, 11 Jan: “Apalah ‘kesilapan’ yang sedikit ini dibandingkan dengan dosa rasuah, ...
-
KUCHING: KEADILAN membantah sekerasnya-kerasnya tindakan Barisan Nasional yang menggunakan pengundi yang memegang kad pengenalan hijau bag...
-
-
KUCHING 15 APRIL : Kurang 24 jam sebelum hari pembuangan undi pilihan raya negeri Sarawak, kempen mega akhir Pakatan Rakyat khususnya oleh K...
-
SOALAN Ustaz, baru-baru ini ada seorang pemberi motivasi yang tersohor di tanahair memberitahu boleh seorang GRO yang telah mengandungkan an...
-
NUKLEAR-JEPUN Pihak berkuasa Jepun terus bertungkus lumus untuk mencegah berlakunya bencana nuklear. Air akan dicurah dari udara menggunakan...
-
BUKTI KETUANAN MELAYU - JANGAN MENAFIKAN KEBENARANYA.!!! from Pencacai SeMalaysia by Pencacai Semalaysia Inilah hasil dari keiklas...
Paling Popular
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
-
KUCHING: KEADILAN membantah sekerasnya-kerasnya tindakan Barisan Nasional yang menggunakan pengundi yang memegang kad pengenalan hijau bag...
-
Leaflets with photoshop photo of CM Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim and Datuk Halim Hussain are distributed at various places in Bali...
-
Seperti yang didedahkan sebelum ini, pengurusan NFC telah menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi mil...
-
Utusan cuba sensasikan ‘kesalahan’ muslimat PAS KUALA LUMPUR, 11 Jan: “Apalah ‘kesilapan’ yang sedikit ini dibandingkan dengan dosa rasuah, ...
-
Ketika kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengagihkan “angpau bersampul putih” kepada masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru, parti Isl...
-
by Pencacai Semalaysia Kemelut SUK: Selangor menuju krisis perlembagaan, kata pakar Pelantikan kontroversi Datuk Mohd Khusrin Munawi se...
-
by baginda® inilah akan berlaku jika tak buat sistem tender terbukak... suka hati nak mintak perkenan di jambatan perdana menteri ikut te...
-
Tom Reilly, TULLY February 8, 2011 Click to play video Army helps with Yasi clean-up In the wake of Yasi, the army is helping to repair sch...