Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, January 29, 2011

Jurublog Lahanat Siarkan Sijil SPM yang Didakwa Milik Normala untuk Kelirukan Pembaca


Blog P Gomo yang masih belum disaman oleh ADUN Selising ini mendedahkan pula salinan gambar sijil SPM yang dikatakan milik calon PAS Normala Sudirman.

Persoalannya, kita tidak tahu sama ada sijil di bawah ini milik Cikgu Mala atau tidak, namun yang jelas sijil ini disiarkan oleh lahanat-lahanat UMCO untuk mengelirukan pembaca.

Tidak mustahil juga sijil di bawah ini hasil rekayasa pihak tertentu. Cuba lihat betapa lurusnya nama calon berbanding teks lain yang tidak tegak mengikut lengkungan sijil.



Cuba lihat pencapaian calon yang dikatakan Normala Sudirman di atas. Calon memperoleh BM -3, Kesusasteraan Melayu- 4, Pendidikan Agama Islam - 1, Sejarah - 5, Geografi - 6, BI -8, Rampaian Sains - 5, Perdagangan - 7. Agak-agak pangkat berapa yang diperoleh calon? Kalau tidak salah, calon ini memperoleh pangkat 1.

Memanglah di bawah mata pelajaran itu ditulis S.A.P yang bermaksud Sijil Am Pelajaran termasuk pernyataan bahawa calon lulus dalam ujian lisan. Sijil SPM saya pun tertulis perkara yang sama. Begitu juga di bahagaian atas sijil tersebut. Ini semua ialah ayat standard dalam sijil SPM dahulu, tidak tahulah kandungan sijil SPM sekarang!

Terang-terang sijil ini disiarkan untuk mengelirukan orang ramai dan bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti Cikgu Mala. Jurublog UMCO ini tidak ambil SPM? Atau mungkin sijil SPMnya hanya memperoleh kelulusan minimum S-A-P!

Dasar lahanat!

P/s: Lahanat ini bermaharajalela kerana tidak ada orang yang mahu menyamannya! Jika benar sijil SPM ini milik Cikgu Mala, siapa pula lahanat yang menyerahkannya kepada jurublog ini? Adakah kakitangan tempat Cikgu Mala pernah berkhidmat?

Contoh sijil SPM:


LAGI ISU BERKAITAN DI SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular