Grab the widget  IWeb Gator

Monday, December 20, 2010

Sertai perhimpunan nyalaan lilin tidak salah- Timb Mufti Kedah



ALOR SETAR - Perhimpunan menyalakan lilin sebagai memperingati si mati bukan amalan keagamaan dan hanya dianggap sebahagian budaya masyarakat bukan Islam.

Berikutan itu, orang Islam yang turut hadir pada perhimpunan seumpama itu, hanya sekadar memberi sokongan moral dan tidak salah di sisi agama.

Timbalan Mufti Negeri Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin ketika diminta mengulas pembabitan orang Islam dalam perhimpunan nyalaan lilin, berikutan kematian kontroversi Setiausaha Politik ahli Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock, menegaskan selagi tindakan itu bukan amalan agama tertentu, ia dibolehkan.

“Lilin bukannya alat keagamaan. Majlis memperingati yang diadakan itu pun tiada unsur-unsur keagamaan. Oleh itu, tidak salah sekiranya rakan-rakan Islam turut hadir memberi sokongan atau penghormatan terakhir,” katanya.

Syeikh Marwazi berkata, penyokong Islam yang hadir kemungkinan sekadar memberi sokongan politik, malah perhimpunan itu juga adalah berlandaskan fahaman politik, dan bukannya keagamaan.

“Mereka yang hadir juga tidak membuat sesuatu yang merujuk kepada perbuatan keagamaan, jika sekadar berdiri bersama lilin, tidak mengapa,” katanya.

Menurutnya, dalam kes ini, isu agama tidak timbul kerana kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

“Kehadiran orang Islam di situ hanyalah sebagai menyokong rakan-rakan mereka dalam politik sahaja, dan sekiranya boleh menimbulkan fitnah, eloklah sekiranya mengelak daripada hadir dalam perjumpaan seumpama itu,” katanya.

Malam kelmarin, satu perhimpunan memperingati kematian Beng Hock diadakan oleh pemimpin dan penyokong DAP di Simpang Kuala, di sini yang turut dihadiri pemimpin Kerajaan Negeri daripada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).


sumber, Sinar Harian
[[ Jika artikel semalam, penulis menyuarakan luahan hati penulis yang agak tidak selesa berkaitan isu ini (penyertaan umat Islam dlm amalan masyarakat bukan Islam-vigil lilin), hari ini penulis menyiarkan pula artikel berita juga berkaitan isu yang sama, tapi menghukumnya sebagai tidak salah dan dibolehkan..

Penulis ketika ini, tetap dgn pendirian penulis yang agak tidak bersetuju dan selesa dengan keadaan yang berlaku berdasarkan pengamatan dan ilmu penulis selama ini..
bak kata timbalan mufti negeri Kedah, "sekiranya boleh menimbulkan fitnah, eloklah sekiranya mengelak daripada hadir dalam perjumpaan seumpama itu"..

Apapun, penulis tetap menunggu lain2 respon,komentar dan penjelasan dari mereka2 yang dilihat berautoriti (alim ulamak, orang agama dan sebagainya) dlm agama, berkaitan hukum menyertai perlakuan masyarakat bukan Muslim ini..

Seperti kata UmmiAnni dalam artikel beliau semalam, penulis tidak arif sangat tentang perkara ini, tapi penulis tetap menunggu jika ada penjelasan yang boleh meredakan kemusykilan penulis ini atas tindakan dan perlakuan mereka yg menyertai upacara memasang lilin masyarakat bukan Islam..

Penulis hanya meluahkan pendapat dan pandangan penulis..jika ianya merupakan permasalahan khilaf yg dibenarakan di dalam Islam, maka penulis boleh melenturkan sedikit ketegasan penulis dalam isu ini, seterusnya menerimanya dgn berlapang dada..

wallahua'lam..]]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular