Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, December 25, 2010

Maklumat Terkini: PAS Sudah Lama Guna 1MALAYSIA

Najib kata idea 1Malaysia ialah ideanya; bukan ciplakan idea OneIsrael. Mana dulu wujudnya, 1Malaysia atau OneIsrael. Biasanya yang kemudian ciplak yang awal. Pernah jadi kes mahkamah McCurry yang didakwa oleh McDonald atas nama Mc itu. Boleh percayakah cakap Najib. Kalau Najib tiada rekod berbohong, maka kita boleh terima cakap Najib.

Najib mungkin tak ciplak idea OneIsrael. Mungkin pula Najib ciplak hak PAS. Bukankah PAS bermaksud Parti Islam SEMALAYSIA? SE itu bermaksud satu. Jadi SEMALASIA ialah 1Malaysia-lah.  Sudah 50 tahun PAS guna SEMALAYSIA atau 1MALAYSIA  ni. PAS tak pernah bising. Setelah 50 tahun, kini SEMALAYSIA dah dapat terima perjuangan Parti Islam  PAS di Malaysia ini.
Rupa-rupanya pemimpin PAS dulu  lebih laju dan ke depan dari Najib. Hanya orang PAS sahaja tidak sedar akan 1MALAYSIA (SEMALAYSIA) itu hak PAS. Tahniah kepada pemimpin PAS terdahulu yang jauh wawasannya dengan tertubuhnya parti Islam untuk 1Malaysia.
Kini PAS dah diterima jadi parti 1Malaysia apabila semua kaum dan agama telah menerima PAS sebagai parti yang akan menggantikan UMNO untuk mentadbir negara selepas PRU13 nanti. Maknanya konsep 1MALAYSIA sudah berjaya diterjemahkan oleh PAS. Kini, setelah 50 tahun kemudian, baru UMNO ikut PAS. Terbukti bahawa pemimpin PAS sentiasa mendahului zaman atau tepatnya mentaliti pemimpin PAS sering mendahului pemimpin UMNO.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular