Grab the widget  IWeb Gator

Monday, December 20, 2010

DARURAT - ANTARA TAFSIRAN DAN REALITI


Pemimpin PAS menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan menggerakkan rampasan kuasa jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi pilihan raya umum ke-13 tergempar, yang disebut-sebut akan diadakan awal tahun depan.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mengingatkan rakyat tidak mengundi parti lain selain BN menunjukkan perdana menteri sangat terdesak untuk kekal memegang kuasa.
“Pada Sabtu lalu, perdana menteri mengatakan jika BN tidak boleh menang, tiada pihak lain yang boleh atau harus menang. Ini satu kenyataan bahaya... apa yang akan berlaku jika BN kalah dalam pilihan raya umum akan dating?” katanya lagi.
“Adakah ini bermakna akan ada rampasan kuasa? Satu ugutan telah pun dibuat oleh perdana menteri, sebahagian daripada persediaan ke arah pilihan raya, seolah-olah Najib sendiri tidak yakin dengan peluang partinya untuk menang,” kata Mahfuz kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen hari ini.
baca ni:
Tahukah kamu bahawa keadaan itu semua tidak perlu wujud didalam suatu keadaan darurat kerana sekarang ini pun kita berada dalam keadaan DARURAT? 
Ramai yangg tidak mengetahui kita telah pun berada dlm DARURAT selama 30 tahun. Dua hari selepas 13 Mei 1969,pemerintahan DARURAT telah diisytiharkan oleh Yang Di Pertuan Agong. walau pun kita telah melalui detik hitam tersebut lebih 3 dekad yang lalu, perisytiharan DARURAT tersebut tidak pernah ditarik balik, malah pakar2 perundangan menganggapnya terus bernyawa hingga kini.
Sejarah negara Malaysia pasca-merdeka memperlihatkan empat kali DARURAT diisytiharkan. Pada 1964,negara dikejutkan dgn slogan "GANYANG MALAYSIA" oleh presiden Sukarno lalu bermulalah konfrantasi dengan Indonesia dan diikuti oleh DARURAT di seluruh negara. Satu lagi darurat besar yang melibatkan seluruh negara ialah tragedi 13 Mei 1969 yang berlaku 5tahun kemudian.
Walau bagaimana pun ada dua DARURAT kecil yang hanya melibatkan sesebuah negeri iaitu DARURAT 1966 di Sarawak dan DARURAT 1977 di Kelantan yang tercetus akibat pertikaian politik. 
Menurut Perkara 150 Fasal(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang Dipertuan Agong berkuasa utk mengisytiharkan perintah DARURAT apabila baginda berpuashati bahawa satu DARURAT besar berlaku dan keselamatan atau kehidupan ekonomi serta ketenteraman awan didalam negara terancam olh kerananya.
Jika DARURAT bermula dengan satu perisytiharan, bagaimanakah pula ia sepatutnya ditamatkan? 
Mengikut Perkara 150 Fasal (3), keadaan DARURAT adalah berterusan sehingga perisytiharan DARURAT tersebut ditarik balik olh Yang Di Pertuan Agong atau dibatalkan oleh kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara. 
Di antara empat perisytiharan DARURAT yg disebut tadi, yg mana kah telah tamat dan masih hidup?
Persoalan ini pernah dihadapkan kpd Privy Council di England pd 1979 melalui kes Teh Cheng Poh lwn Public Prosecutor. 
Privy Council berpendapat bahawa walaupun perlembagaan memperuntukkan prosedur rasmi untuk menamatkan sesuatu perisytiharan DARURAT,namun apabila satu perisytiharan DARURAT baru yang meliputi seluruh persekutuan dibuat, perisytiharan lama dianggap ditarik balik dengan sendirinya.
Olh itu, perisytiharan DARURAT 1964 dan 1966 telah ditarik balik setelah DARURAT 13 Mei 1969 diisytiharkan. Perisytiharan DARURAT 1977 pula telah tamat apabila Yang Di Pertuan Agong menamatkan Akta Kuasa Darurat (Kelantan) 1977,tiga bulan setelah ia diisytiharkan. 
Oleh itu, hanya tinggal perisytiharan DARURAT besar 1969 yang masih hidup hingga kini kerana ia tidak pernah ditarik secara rasmi dan ia juga tidak menerima apa apa kesan daripada perisytiharan DARURAT 1977 yang hanya khusus untuk Kelantan sahaja.
Kedudukan ini memang diakui oleh pihak kerajaan sendiri. Dalam perisytiharan DARURAT Kelantan pd 1977,Yang Di Pertuan Agong menyebutkan bahawa perisytiharan tersebut hendaklah menjadi "tambahan" kpd perisytiharan DARURAT yg dibuat akibat tragedi 13 Mei 1969.
Kemudian,pada tahun 1979,Menteri Undang-Undang telah berucap ddlm Parlimen dan menyatakan perisytiharan DARURAT 1969 mesti diteruskan kerana bahaya-bahaya tersembunyi masih berada di sekeliling kita. 
Sejauh mana kesannya keadaan ini kepada perjalanan undang undang dan pemerintahan negara jarang sekali ditimbulkan walaupun oleh ahli-ahli politik. 
Persoalanya, adakan kuasa-kuasa DARURAT boleh digunakan pada bila-bila masa sekarang?
Seperti mana yg kita semua maklum, kuasa-kuasa DARURAT merupakan kuasa yg tidak terbatas yg dimiliki oleh PIHAK PEMERINTAH. Pemerintah berkuasa membuat undang-undang baru tanpa melalui Parlimen dan tanpa boleh dicabar di mahkamah walaupun undang-undang tersebut bertentangan dgn Perlembagaan Persekutuan. Jika beliau mahu, sebagai Pengarah Majlis Tindakan Negara pada 1969,Allahyarham Tun Abdul Razak boleh bertindak dengan lagak seorang DIKTATOR. Walau bagaimana pun, sejarah membuktikan beliau adalah seorang yg jujur dan ikhlas. Sungguhpun begitu tidak semua pemimpin berjiwa seperti Tun Abd Razak.
Pemerintahan DARURAT adalah perkara yang terakhir sekali patut difikirkan didalam sebuah negara moden.
Ia boleh diibaratkan sebagai : "SENJATA TERAKHIR UNTUK SURVIVAL SESEBUAH NEGARA, TETAPI IA JUGA BOLEH DISALAHGUNAKAN DEMI MEMPERTAHANKAN KUASA."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular