Grab the widget  IWeb Gator

Friday, July 29, 2011

POLIS BOHONG LAGI !!! bukan Allahyarham Baharuddin dalam video tu

Keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad semalam tampil menafikan lelaki dalam rakaman CCTV yang ditayangkan polis di saluran televisyen perdana adalah beliau. Menurut anak saudaranya, Azhar Kassim, pihak keluarga menolak sekeras-kerasnya lelaki dalam video tersebut adalah arwah Baharudin dan mereka juga kesal dengan tindakan polis menayangkan video itu


“Video itu bukan arwah, kami menafikan sekeras-kerasnya itu adalah beliau. Setakat ini pihak peguam keluarga memperincikan beberapa alasan kami menolak bahawa itu adalah Baharudin. Mulanya gambar yang ditunjuk, pakai seluar jeans, tapi masa dibawa keluar pakai seluar hitam. Tapi keluarga menegaskan bahawa semasa keluar dari rumah untuk ke perhimpunan Bersih, arwah pakai baju putih berseluar hitam. 

Kalau tengok video itu, rupa yang kononnya Baharudin adalah cengkung, tapi muka sebenar arwah bentuk bulat. Manakala cara jalan arwah tidak sama, kami percayai arwah sebelum ini jatuh berdekatan KLCC, takkan boleh berlari masuk. 

Sepatutnya polis berbincang dengan keluarga dan peguam sebelum keluarkan video itu, ini sedang mengganggu siasatan. Tindakan polis hanya mahu melepaskan batuk di tangga, nak senang semuanya” kata Azhar ketika dihubungi KeadilanDaily.com
Spin x habis habis sang baju biru yang menjadi alat kepada UMNO-BN. Ini bukan pertama kali terjadi kejadian spinning gasing puak celaka terhadap rakyat hingga mengorbankan nyawa. Apa salahnya mengaku kesalahan yang dilakukan? bukan jadi apa pun, lagi MELETOP ada la.. tak caya tanya LEBAI HJ CHUA SOI LEK, MUFTI UMUM BARISAN NASIONAL! Pakar mengaku kesalahan.

HANYA ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG BERLAKU SEBENARNYA. SESIAPA YANG BERADA BERSAMA ARWAH KETIKA KEJADIAN, TAMPIL. JANGAN TAKUT JANGAN RISAU. KEBENARAN HARUS DITEGAKKAN.

Video versi Polis lihat DISINI 
Wall Photos by Pendekar Tanpa Nama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular