| Nazri Abdullah |
TEMERLOH, 5 Mac: "Saya menyeru kepada pengundi untuk mengambil peluang sungguh-sungguh untuk membuat bantahan dengan mengundi PAS," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. "Kita tidak menentang projek yang diluluskan kepada rakyat, tetapi bukan ini masanya, ini janji memancing undi. "Perdana Menteri pertama dulu, Tunku Abdul Rahman bila parlimen dibubar, beliau turun juga kempen, tapi datang dengan kereta sendiri bukan atas kapasiti perdana menteri, berbeza dengan Datuk Seri Najib," ujarnya selaku Pengarah Pilihan raya PAS PRK Kerdau. Beliau menyatakan demikian pada sidang media di Markas Induk PAS, Darul Hikmah di Kerdau, pagi ini. Turut serta ialah timbalannya, Mohd Abdul Wahid Endut, Pengerusi Anak, Mazlan Aliman dan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad. Tambahnya, pada hari terakhir tempoh berkempen di N.28 Kerdau hari ini, PAS dengan penuh tanggungjawab dan keprihatinan dalam mendukungi persaingan sihat di PRK, merakamkan betapa harapan untuk menyaksikan demokrasi yang adil, telus dan berintegriti telah musnah dek kerana pencabulan dan salah laku yang dilakukan pihak lawan, Umno Barisan Nasional. “Kami, pada hari ini akan membariskan segala pelanggaran Akta Kesalahan (Penjalanan) Pilihanraya, 1954 bagi menguatkan hujjah kami bahawa bukan sahaja peri laku ini dibuat oleh Barisan Nasional akan tetapi lebih malang lagi tidak diambil apa-apa tindakan oleh pihak yang sepatutnya menjamin proses pilihanraya berjalan dengan bebas, adil dan bersih,” katanya. Menurutnya, laporan-laporan yang dibuat oleh PAS kepada kepada pihak berkuasa yakni SPR, PDRM dan SPRM pada 1 Mac dan 5 Mac, tidak langsung diberikan perhatian dan apa-apa tindakan oleh pihak berkuasa tersebut. Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, antara kesalahan dan pelanggaran Akta Pilihanraya 1954 yang dilakukan oleh Barisan Nasional seperti penggunaan secara berleluasa dan sewenang-wenang kemudahan premis awam. Ini, katanya termasuk penggunaan padang awam Teluk Sentang, masjid dan Sekolah Rendah Batu Sawar, Dewan Orang Ramai Felda Jengka 23, Pusat Jalur Lebar Komuniti Jengka 25, Balai Raya Kuala Tekal dan pejabat-pejabat Felda di Kerdau. “Terang-terangan tindakan ini bersalahan dengan Akta Pilihanraya 154, menggunakan kemudahan awam sebagai tempat operasi kempen mana-mana parti, dan kami percaya mereka menggunakan tanpa permit daripada pihak berkuasa awam,” ujarnya. Selain itu, tambahnya ia juga melibatkan pemberian secara terbuka dibuat oleh Perdana Menteri bagi mendapat undi kaum Cina, India dan kaum asal dengan secara terbuka meluluskan peruntukan RM400,000 untuk Dewan Terbuka Kampung Seri Kerdau, RM150,000 untuk Balai Bomba sukarela dan RM100,000 untuk Kuil Hindu adalah amat dikesali dan bercanggah dengan peruntukan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. “PM sekali terpaksa menjanjikan peruntukan RM9.25juta bagi menaikkan taraf loji air Batu Sawar. “Tindakan membekalkan air 3 hari sekali yang sedang berjalan adalah gambaran sebenar pengabaian nasib rakyat yang kini mahu dipancing undi mereka. Peruntukan berjumlah RM10.4 juta telah dibuat sendiri oleh PerdanaMenteri,” katanya. Ini, ujarnya tidak termasuk pemberian berbentuk hamper dan makanan yang diedar di Kampung Baru Kerdau oleh Menteri Kesihatan sebagaimana dilaporkan oleh RTM dan 100 kotak pemberian makanan yang dihiasi gambar Najib dan Shahrizat dengan slogan “Mengakhiri Zaman Miskin”. Paling mutakhir, katanya adalah bayaran wang SES Risda Felda Jengka 22 sebanyak RM13,000 seorang peneroka atau berjumlah sebanyak RM3,367,558 yang bakal dibuat penyeraan cek pada Isnin 7 Mac 2011. Begitu juga, ujarnya bayaran SITS MPOB Felda jengka 23 kepada peneroka sebanyak RM4,000 seorang. “Rasuah atau tidak akan tergantung secara kritikal kepada siapa yang mendapatnya,” ujarnya lagi. Katanya, kalau ia disasarkan hanya kepada peneroka dalam Dun N28 Kerdau, maka bayaran itu yang sebenarnya hak peneroka yang tidak dibayar sekian lamanya, adalah jelas rasuah. “Tetapi kalau semua peneroka getah dan kebun sawit dapat tanpa mengira sama ada mereka tinggal dalam N.28 Kerdau atau tidak, maka itu adalah polisi bayaran yang dibuat secara menyeluruh tanpa berpilih-pilih atau selektif. “Ternyata bahawa bayaran ini adalah selektif dan berpilih, maka jelas dan tegasnya bahawa ia adalah satu tindakan mempengaruhi pengundi dan bertentangan dengan Akta Pilihanraya,” katanya lagi. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menambah, berdasarkan realiti dan kenyataan di atas serta ketidakadilan dalam perjalanan PRK Kerdau hari ini, maka pihaknya melihat insiden itu sebagai kegagalan SPR menjamin perjalanan PRK bersih dari elemen rasuah, ugutan dan tekanan ke atas pengundi. Katanya, ketidakadilan itu mestilah ditentang oleh rakyat khususnya para pengundi di Dun Kerdau dengan menterjemahkan bantahan mereka dengan memberi undi protes terhadap pencabulan peraturan peruntukan Akta Kesalahan Pilhanraya 1954. “Kami merayu dan menyeru para pengundi N28 Kerdau supaya mengambil iktibar di atas kegagalan wakil rakyat dari Barisan Nasional melaksanakan amanah membangunkan Kerdau yang jelas telah terpnggir selama lebih 50 tahun. Hal diakui sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri,” ujarnya. http://fb.me/UuUmrGmO |
Saturday, March 5, 2011
Undi PAS, bantah projek pancing undi BN
TOP Ten Minggu INI
-
Ucapan perbahasan menjunjung titah Yang Dipertuan Agong oleh Ketua Pembangkang yang disampaikan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution h...
-
-
KUCHING 15 APRIL : Kurang 24 jam sebelum hari pembuangan undi pilihan raya negeri Sarawak, kempen mega akhir Pakatan Rakyat khususnya oleh K...
-
KENYATAAN MEDIA RAKYAT SARAWAK TOLAK POLITIK ‘JEMBALANG’ DAN ‘HANTU’ BARISAN NASIONAL (2 April 2011)
-
KUCHING: KEADILAN membantah sekerasnya-kerasnya tindakan Barisan Nasional yang menggunakan pengundi yang memegang kad pengenalan hijau bag...
-
Isu SUK : ADUN Umno Didakwa Peralat Istana SHAH ALAM 14 JAN : Adun Umno sekali lagi memperalatkan Istana untuk mencapai hasrat mereka memu...
-
SOALAN Ustaz, baru-baru ini ada seorang pemberi motivasi yang tersohor di tanahair memberitahu boleh seorang GRO yang telah mengandungkan an...
-
Keluarga Pertikai Tindakan Polis Bahau: Ahli keluarga kepada seorang lelaki yang mati terkena tembakan polis ketika mengamuk di rumahnya d...
-
by baginda® inilah akan berlaku jika tak buat sistem tender terbukak... suka hati nak mintak perkenan di jambatan perdana menteri ikut te...
-
by Pencacai Semalaysia Kemelut SUK: Selangor menuju krisis perlembagaan, kata pakar Pelantikan kontroversi Datuk Mohd Khusrin Munawi se...
Paling Popular
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
-
KUCHING: KEADILAN membantah sekerasnya-kerasnya tindakan Barisan Nasional yang menggunakan pengundi yang memegang kad pengenalan hijau bag...
-
Leaflets with photoshop photo of CM Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim and Datuk Halim Hussain are distributed at various places in Bali...
-
Seperti yang didedahkan sebelum ini, pengurusan NFC telah menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi mil...
-
Utusan cuba sensasikan ‘kesalahan’ muslimat PAS KUALA LUMPUR, 11 Jan: “Apalah ‘kesilapan’ yang sedikit ini dibandingkan dengan dosa rasuah, ...
-
Ketika kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengagihkan “angpau bersampul putih” kepada masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru, parti Isl...
-
by Pencacai Semalaysia Kemelut SUK: Selangor menuju krisis perlembagaan, kata pakar Pelantikan kontroversi Datuk Mohd Khusrin Munawi se...
-
by baginda® inilah akan berlaku jika tak buat sistem tender terbukak... suka hati nak mintak perkenan di jambatan perdana menteri ikut te...
-
Tom Reilly, TULLY February 8, 2011 Click to play video Army helps with Yasi clean-up In the wake of Yasi, the army is helping to repair sch...