MERLIMAUSekolah Kebangsaan Datuk Abdul Rahman Ya'akob: Pihak polis mengarahkan sebuah kereta penyokong BN menanggalkan bendera BN dari keretanya selaras dengan peraturan baru SPR yang melarang pemasangan bendera parti bertanding pada kenderaan.
9:24
9:28
Suasana di SK Chin Chin Merlimau.
9:32
KERDAU Hampir 200 penyokong PAS dan BN berada di SMK Kerdau. Tempat ini menjadi tumpuan selepas kekecohan berlaku sebentar tadi.
Calon tiba di sini jam 9.28 pagi tadi dengan menaiki motosikal.
Beliau bertemu pengundi dan perayu undi termasuk dari BN sebelum masuk ke pusat pengundian.
Ditanya komen proses pengundian hari ini beliau berkata "Respon sangat baik diterima dari rakyat setakat ini, dan saya harap ianya berterusan".
9:38
Calon PAS, Hassanuddin Salim ketika tiba di SMK Kerdau.
9:42
Hassanuddin meninjau proses pembuangan undi di SMK Kerdau.
9:43
Yuhaizad beramah mesra dengan pengundi di SK Chin Chin Merlimau.