Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, March 19, 2011

Taib Mahmud umum undur selepas pilihan raya

Lidah Rasmi UMNO melaporkan.. SERIAN 19 Mac - Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan beliau akan berundur selepas pilihan raya negeri Sarawak yang akan berlangsung dalam masa terdekat.
Katanya, beliau kini bertanggungjawab untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dan perpaduan kepimpinan negeri terlebuh dahulu sebelum berbuat demikian.

Pengumuman itu dibuat beliau sewaktu berucap pada majlis perasmian Sejiwa Senada yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini hari ini.

Dan Malaysiakini juga melaporkan.. Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sekali lagi memberitahu bahawa beliau akan melepaskan jawatannya selepas pilihan raya DUN Sarawak yang mesti dilakukan sebelum Julai ini.

Taib - yang sudah 30 tahun berkuasa di negeri itu - berkata, beliau akan memastikan BN menang dalam pilihan raya kali ini dan memastikan peralihan kuasa dibuat sebelum meletakkan jawatan.

Ini merupakan kali ketiga Taib mengeluarkan kenyataan sebegitu selepas berkata yang sama di Mukah dan Betong awal tahun ini.

Kemungkinan untuk beliau bersara semakin dekat, akuinya.

Taib yang memimpin Sarawak sejak 1981 berkata, masa itu akan tiba apabila orang yang didiknya boleh membentuk pasukan untuk berkhidmat kepada negara dan pelbagai bangsa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular