Secara statistik kebanyakan penipu, pembunuh, pengebom mahupun perogol tidak kelihatan seperti seorang penjenayah sekalipun. Kebanyakannya berperwatakan mesra dan penampilan yang boleh dipercayai, sebelum akhirnya segalanya didedahkan. Saya juga ingin mengemuka suatu bukti, yang mampu menjawab pertanyaan Rosmah, adakah beliau seorang penipu?
Pada Mac 2010, 3 orang wanita Sarawak telah menyerahkan petisyen dan Laporan Pasukan Petugas Penan secara peribadi kepada Rosmah dalam usaha untuk mendapatkan ihsan sokongannya selaku isteri PM bagi bersama membela hak wanita dan kanak-kanak Penan yang telah dianiayai dan menjadi mangsa rogol oleh pembalak yang tidak bertanggungjawab.
Jelas, respon Rosmah ketika itu bahawa beliau berjanji akan mengambil perhatian terhadap isu ini bersifat politik semata-mata, kerana sehingga kini setelah setahun tiada satu tindakan pun yang diambil oleh beliau bagi menyelesaikan masalah ini.
Sehubungan itu, saya medesak agar segera disiasat ketelusan pengaliran kedua-dua dana ‘istimewa’ ini, dan menggesa agar peruntukan RM111 juta buat Permata dapat disalurkan sedikit buat Kumpulan Sokongan Penan untuk disalurkan buat pendidikan anak-anak Penan khasnya, dan anak-anak Sarawak amnya.
Sama ada benar Rosmah seorang penipu atau tidak, hanya dia tahu kebenarannya.
Sekian. Terima kasih.
YB ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN
KETUA WANITA KEADILAN