Pada 8 Februari lalu Utusan Malaysia edisi cetak dimukasurat 25 telah menyiarkan satu berita dengan tajuk “MPSP roboh 1000 gerai”, di bawah adalah screenshot dari Utusan Online dengan tajuk yang sama..
Pembohongan Lidah Rasmi UMNO (Utusan)
Larger image please click HERE
Berikut adalah laporan operasi Penguatkuasaan Di Taman Pelangi, Perai, Seberang Perai Tengah pada 07 hingga 11 Februari.
Memandangkan undang-undang yang diguna pakai tidak membezakan bangsa ataupun warna kulit jadi tiada bangsa yang dinyatakan.
Pada hari operasi tersebut dijalankan hanya 10 buah premis perniagaan atau gerai telah diruntuhkan oleh MPSP, Gerai milik Melayu ialah 4 buah, milik India sebuah, milik Cina 2 buah dan milik Melayu Indonesia selebihnya.
Dan perlu diketahui juga dari 4 buah gerai milik Melayu itu, 2 buah darinya telah disewakan kepada Melayu dari Indonesia..
Ianya bukanlah 1000 sebagaimana yang dilaporkan Lidah Rasmi UMNO itu tapi hanyalah 10 buah sahaja..
Laporan operasi penguatkuasaan MPSP page 1
Larger image click HERE
Laporan operasi penguatkuasaan MPSP page 2
Larger image click HERE
Ini membuktikan sebagai Lidah Rasmi UMNO, Utusan telah menyiarkan satu berita yang jelas untuk menimbulkan rasa benci rakyat kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang diterajui DAP.
Buat para sahabat yang menjadi Ahli Majlis, orang kata ‘peluang biasanya datang ketika kita dalam keadaan tidak bersedia.. jadi gunakanlah peluang yang ada ini sebaik mungkin… jangan biar ia berlalu begitu saja…’