Ahmad Tarmizi |
Terlebih dahulu marilah kita bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat dan keizinan-Nya maka perjalanan proses pemindahan para pelajar Malaysia dari Mesir ke Jeddah dan seterusnya ke tanahair tercinta Malaysia telah berjaya. Terima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang membantu melancarkan proses pemindahan para pelajar dengan bantuan tenaga kerja dari kakitangan Konsulat Malaysia Jeddah dan Tabung Haji. Alhamdulillah bagi pihak Kelab Malaysia Jeddah (KMJ) dan Malaysia Business Council (MBC) ucapan ribuan terima kasih kepada penderma budiman yang kebanyakkannya daripada Malaysian Profesionals yang bekerja di Saudi Arabia. Kita juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada sukarelawan dan sukarelawati yang senantiasa datang melawat para pelajar dan juga bersama-sama mereka membantu di dapur masakan dan di meja sumbangan yang disediakan oleh pihak Tabung Haji buat Kelab Malaysia Jeddah di Madinatul Hujjaz. Walaubagaimanapun untuk perhatian rakan-rakan Malaysia yang menetap di Saudi Arabia khususnya terdapat informasi di blog-blog dan juga email mengenai keadaan para pelajar Malaysia dari Mesir yang menetap di Jeddah dari pihak yang tidak bertanggungjawab di mana beliau yang mengelarkan dirinya sebagai Abdul Fatah Abdul Karim dan menyatakan bahawa beliau mewakili Kelab Malaysia Jeddah (KMJ), Malaysia Business Council (MBC), Kelab IDB dan Panda. Untuk makluman semua kami tiada mempunyai ahli yang bernama seperti beliau dan tidak pernah melantik atau mewakilkan sesiapa untuk menghantar email bagi pihak kami. Saya percaya dipihak Kelab Malaysia Yanbu, Kelab IDB dan Panda juga tidak melantik beliau sebagai wakil. Platform yang kami gunakan untuk berkomunikasi adalah melalui email yang dihantar oleh saya sendiri atau melalui group email (http://groups.yahoo.com/group/MyJeddah/). Perkara begini adalah sesuatu yang amat mengecewakan jadi kami berharap dengan email ini dapatlah diperjelaskan kepada semua rakan-rakan mengenai perkara yang tidak betul yang telah disebarkan oleh penghantar email tersebut. Mudah-mudahan Allah swt memberi hidayah kepada beliau supaya kembali kepada jalan yang benar kerana fitnah itu amat besar dosanya. “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”. [al-Hujurat 49:6] Sekian, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Ahmad Tarmizi, Presiden, Kelab Malaysia Jeddah (KMJ) |
Tuesday, February 15, 2011
Penjelasan Ops Piramid
TOP Ten Minggu INI
-
Puter belit permohonan maaf, Fadzill dibidas Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Pulau Pinang (PKMMPP) dibidas oleh kerajaan negeri ke...
-
LABIS, 8 Jan – Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang hujung bulan ini bukan sahaja akan menyaksikan pertandingan di antara ...
-
Sabah: Menjadi warga suatu negara adalah hak asasi manusia. Itu pula yang menjadi keyakinan ribuan nelayan asal Bone dan Enrekang, Sulawes...
-
Harakahdaily KUALA LUMPUR, 16 Feb: “Saya tetap bertegas dengan mengatakan bahawa Dun Perak telah dimasuki bomoh sebelum 7 Mei 2009 dan ...
-
KUCHING 5 APRIL : Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini secara rasminya melancarkan risalah Suara Sarawak dengan mesej "Selamatkan Hak...
-
DALAM keadaan ahli Parlimen bertelagah sama ada perlu atau tidak video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim perlu ditayang kepada ahli...
-
Dua lelaki mirip Anwar Ibrahim di dalam video seks? Sejak semalam kecoh dengan penyebaran video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim di internet...
-
Video Tulin Yang Palsu Aktornya Dalam cubaan rejim Barisan Nasional yang di bawah telunjuk Rosmah Mansor untuk mengenakan DS Anwar Ibrahim,...
-
Belum pun bermula penamaan calon untuk pilihan raya kecil DUN Tenang, negara dikejutkan pula dengan pemergiaan ke rahmatullah Ahli Dewan ...
-
from Era Pasca . . . . by baginda® Popout nengok sampai abis berita nih... PASAI apa UTUSAN ngan popeGOMO tak kuarkan berita nih... In...
Paling Popular
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
Mungkin ada yang dah kenal, atau mungkin baru nak mengenali bakal pemimpin akan datang kita ni. Apa yang dipaparkan nanti betul-betul tidak...
-
Anak main fb, bapak dalang hina hudud terkantoi Konspirasi didedahkan oleh hanief = malaysianews Guna user name matamata . Disyaki seba...
-
DAYAH paling kanan yang hampir nak tersembul tu..
-
Edisi Berita Tak Pelik Setelah persetujuan rundingan meja bulat oleh Menteri-menteri BN yang kaya melebihi tokey 18 petrol pam dibuat dip...
-
Menteri Kata Tidak Salah Tonton Porno Jika Bukan Cari KEUNTUNGAN. Wow!
-
-
Rakaman pengisytiharan Siapa Penderhaka Di Gua Musang di dalam Majlis Ramah Mesra Ke Bawah Duli yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Bersama ...
-
Mitshubishi tiru proton wakaka!! Tragedi yang menyayat hati telah berlaku petang tadi depan mata masa gua singgah showroom Edaran Otomobil...
-
ADAKAH IA SEBAHAGIAN DARI KONSPIRASI DAJAL / PARA KONSPIRATOR DUNIA ??