Norazimah Mohad Noor yang lebih dikenali sebagai Nora Reformasi akan dibawa ke Mahkamah Seksyen 6, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur dari Penjara Kajang jam 2 petang hari ini (16 Febuari 2011).
Sehingga kini, masih belum ada peguam yang akan datang bagi mewakili Nora. Saya sudah mencuba menghubungi berberapa pusat bantuan guaman dan kawan-kawan peguam. Sehingga entri ini ditulis, masih belum ada yang memberikan jawapan.
Kepada kawan-kawan yang mempunyai kelapangan waktu, marilah kita bersama-sama hadir untuk memberikan sokongan kepada Nora yang telah merengkok di dalam penjara selama tiga hari. Kepada peguam yang mahu memberikan khidmat guaman kepada Nora, dipersilakan datang.
Pada ketika Perarakan Maulidur Rasul berlangsung di seluruh negara, beliau berada di dalam penjara Kajang bersama mereka-mereka yang terpenjara.