| FRIDAY, 25 FEBRUARY 2011 | |
Laman Pro UMNO – dengan capaian http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2011/02/gay-minister-in-cabinet-and-johorean.html membuat tuduhan bahawa ada Menteri dari Johor dalam kabinet Najib seorang “gay”. Beliau memaparkan gambar yang dihitamkan muka. Namun sekiranya kita google gambar Hishammuddin – gambar yang dipamerkan laman web ini – yang dihitamkan adalah sama dengan gambar yang pernah keluar di www.malaysiakini.com – pada 13 hb Mac 2010 capaianhttp://www.malaysiakini.com/news/126439 Adakah laman ini sebenarnya menuduh Hishammuddin sebagai seorang menteri GAY. Tuduhan yang amat serius tanpa bukti. Sungguhpun gambar yang dipamerkan oleh penyelia laman ini dihitamkan tetapi melihat gambar asal yang terpapar di Internet menjadikan ianya tuduhan yang serius. Isu sebegini tidak sepatutnya dimainkan. Laman ini dalam artikel tersebut merujuk bahawa Dr Mahathir membuat ahli kabinetnya Anwar Ibrahim yang dikatakan terlibat dalam tuduhan seks luar tabii dan menyimpulkan bahawa Anwar Ibrahim juga terbabit dalam kes liwat kedua bertanya, sama ada Najib akan mengambil tindakan serupa - menyingkir menteri dari Johor yang dikatanya GAY. Nilai peranan laman blog sekarang ini khususnya laman ini yang dikatakan mempunyai hits yang amat tinggi. Sumber: |