Grab the widget  IWeb Gator

Monday, February 7, 2011

Kenyataan selepas bertemu dengan Datuk Bandar, YDP dan syarikat perunding berkenaan pelaburan di Selangor -

by Khalid Ibrahim on Monday, February 7, 2011 at 5:30pm

Menteri Besar Nasihat Syarikat Perunding Patuhi Prosedur

YAB Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menghadiri majlis makan tengahari bersama Datuk Bandar, Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan dan syarikat perunding yang terlibat secara langsung dengan pelabur-pelabur asing dan tempatan di Selangor.

Majlis makan tengahari ini diadakan di ibu pejabat Pusat pelaburan Negeri Selangor (SSIC) di I-City, Seksyen 7 di sini, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif SSIC, Dato’ Mohd Jabar Ahmad Kembali.

Khalid IbrahimPada majlis itu, Menteri Besar turut mengadakan sesi dialog dengan wakil syarikat perunding selain memaklumkan usaha-usaha yang dilakukan Kerajaan Negeri untuk memastikan Selangor terus berdaya saing dalam menarik pelaburan asing dan tempatan.

Menteri Besar menasihatkan supaya syarikat perunding tempatan bekerjasama dan produktif untuk mendapatkan tender dari pelabur asing yang berminat membuka kilang atau pusat operasi di negeri Selangor.

Beliau juga menasihatkan syarikat perunding mematuhi semua peraturan dan prosedur yang ditetapkan untuk mengelak timbul sebarang masalah dengan pihak berkuasa tempatan yang mungkin boleh menganggu kelulusan bagi sesuatu perancangan.

Katanya, syarikat perunding perlu membayar premium tanah, setiap pembangunan pula perlu mendapatkan kelulusan Kerajaan Negeri dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa serta syarat-syarat lain yang ditetapkan.

“Misi Kerajaan Negeri adalah mempermudahkan urusan dan mesra pelabur tetapi syarikat perunding yang dilantik pelabur asing atau tempatan perlu mematuhi semua peraturan dan prosedur,” kata Menteri Besar.

Pada pertemuan itu, Menteri Besar turut menjelaskan projek Canal City yang menghubungkan Sungai Klang hingga Sungai Langat telah dibatalkan kerana tidak memberi banyak manfaat kepada rakyat Selangor.

Katanya, Kerajaan Negeri mengambil semula tanah-tanah seluas lebih 4,000 ekar yang telah diberikan Kerajaan Negeri terdahulu kepada syarikat pemaju, Talam Corporation Berhad termasuk hutang-hutang tertunggak.

Syarikat perunding yang menghadiri pertemuan ini turut memuji keberkesanan peranan yang dimainkan SSIC dalam membantu mereka sekiranya berdepan dengan masalah dengan pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan yang lain.

Menteri Besar berkata, pihak yang berurusan dengan Kerajaan Negeri dianggap sebagai pelanggan dan rakan kongsi untuk memajukan lagi ekonomi Selangor dan seharusnya berhak mendapat layanan yang baik.

Dikeluarkan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular