| Mohd Nor Yahya |
| KOTA BHARU, 9 Feb: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru rakyat Kelantan menjadikan bulan menperingati kelahiran Rasulullah SAW atau bulan maulud dengan memperbanyakkan program ilmu. Menurut Nik Aziz, sebelum ini bila sahaja memasuki bulan Rabiulawal, umat Islam sentiasa menzahirkan ingatan kepada Nabi Muhammad dengan mengadakan pelbagai sambutan semata-mata. Justeru beliau mahu sambutan bulan kelahiran Nabi itu diperluaskan lagi dengan program ilmu sehingga menukar persepsi umat Islam memasuki bulan itu seperti memasuki sebuah sekolah agama. “Bulan maulud ni, amat sesuai kita perbanyakkan program ilmu di masjid-masjid atau madrasah untuk menyebarkan ilmu Islam itu sebaik mungkin, ibu-bapa dan guru juga perlu memainkan peranan dalam hal ini" kata beliau dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini. Nik Aziz menambah, antara lain dalam menerangkan ilmu Islam itu termasuklah hal berkaitan politik. "Politik ini ada dalam agama bukannya boleh dipisahkan," kata beliau sambil menambah fahamam politik lain dan agama lain ini telah disebarkan secara meluas ke seluruh dunia. "Soalnya benarkah politik dan agama ini berasingan, Nabi Muhammad SAW adalah orang politik yang paling bijak” tambah beliau lagi. Katanya, apa sahaja manusia buat atas muka bumi ini mestilah merujuk kepada Al-Quran dan hadis, oleh itu semua pihak mestilah memainkan peranan penting dalam menyeru umat Islam lain untuk memahami tuntutan agama ini. “Saya minta sangat semua pihak yang bertanggungjawab agar sebar Islam kepada semua pihak, apa yang dituntut oleh demokrasi atau nasionalis semuanya ada dalam Islam” katanya lagi. - http://bit.ly/hiADKC |
Wednesday, February 9, 2011
Jadikan bulan Maulud sebagai sekolah agama
TOP Ten Minggu INI
-
Tom Reilly, TULLY February 8, 2011 Click to play video Army helps with Yasi clean-up In the wake of Yasi, the army is helping to repair sch...
-
-
Seperti yang didedahkan sebelum ini, pengurusan NFC telah menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi mil...
-
Oleh: MUTALIB M.D
-
KENYATAAN MEDIA RAKYAT SARAWAK TOLAK POLITIK ‘JEMBALANG’ DAN ‘HANTU’ BARISAN NASIONAL (2 April 2011)
-
Ketika kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengagihkan “angpau bersampul putih” kepada masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru, parti Isl...
-
United Borneo Front has called for all references to 'racial based dominance to be abolished'. KOTA KINABALU: Federal leaders have b...
-
GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng mendakwa Kerajaan Negeri bawah tampuk kepimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum Mac 2008 yang men...
-
Sistem PFI UiTM bukti duit PTPTN untuk mengenyangkan kroni? Masalah student boleh atau tidak bayar pinjaman PTPTN tu cerita lain tapi duit...
-
BUKTI KETUANAN MELAYU - JANGAN MENAFIKAN KEBENARANYA.!!! from Pencacai SeMalaysia by Pencacai Semalaysia Inilah hasil dari keiklas...
Paling Popular
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
Mungkin ada yang dah kenal, atau mungkin baru nak mengenali bakal pemimpin akan datang kita ni. Apa yang dipaparkan nanti betul-betul tidak...
-
Anak main fb, bapak dalang hina hudud terkantoi Konspirasi didedahkan oleh hanief = malaysianews Guna user name matamata . Disyaki seba...
-
DAYAH paling kanan yang hampir nak tersembul tu..
-
Edisi Berita Tak Pelik Setelah persetujuan rundingan meja bulat oleh Menteri-menteri BN yang kaya melebihi tokey 18 petrol pam dibuat dip...
-
Menteri Kata Tidak Salah Tonton Porno Jika Bukan Cari KEUNTUNGAN. Wow!
-
-
KUCHING: KEADILAN membantah sekerasnya-kerasnya tindakan Barisan Nasional yang menggunakan pengundi yang memegang kad pengenalan hijau bag...
-
Mitshubishi tiru proton wakaka!! Tragedi yang menyayat hati telah berlaku petang tadi depan mata masa gua singgah showroom Edaran Otomobil...
-
Rakaman pengisytiharan Siapa Penderhaka Di Gua Musang di dalam Majlis Ramah Mesra Ke Bawah Duli yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Bersama ...