KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memanggil saksi ke enam pendakwa, iaitu ahli kimia Nor Aidora Saidun.
Dalam sesi soal balas sehingga tengahari tadi, pihak peguam membantah dokumen yang dibacakan saksi berkenaan kerana ia merupakan laporan saintifik yang tidak diperoleh pihak peguam.
Mahkamah juga dijangka mengetahui identiti DNA ‘lelaki Y’ yang dianalisa ahli Kimia dari Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hong hari ini.
Awal pagi tadi, Dr Seah menyambung keterangannya dalam sesi soal balas buat hari ke lima.
Dr Seah semalam enggan mengakui jumlah sperma DNA lelaki Y lebih banyak ditemui pada pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Peguam Anwar, Karpal Singh membuat kesimpulan Saiful seorang homoseksual pasif memandangkan lebih daripada satu sampel DNA ditemui pada pengadu itu.
Selain itu, mahkamah turut dikejutkan dengan pendedahan bahawa sampel DNA diambil dari tubuh Saiful sebelum laporan polis dibuat.
Sebelum ini, mahkamah digemparkan dengan beberapa keterangan dari Dr Seah. Antaranya borang proforma yang tidak lengkap diisi dan keterangan dalam borang tersebut yang menyatakan hanya berlaku ‘cubaan liwat’ dan oral seks’, yang mana menimbulkan persoalan.
Pakar itu sebelum ini juga mengakui tidak mengikut garis panduan antarabangsa yang ditetapkan International Society of Forensic Genetics dalam membuat analisa.