Kita juga akan berusaha menyedarkan rakyat bahawa negeri ini sekarang ditadbir oleh seorang perasuah yang didaoati bersalah oleh jawatankuasa disiplin Umno. Rakyat Melaka khususnya pengundi DUN Merlimau berhak menggesa Ketua Menteri Melaka supaya meletakkan jawatan dengan memastikan BN kalah di Merlimau. Ianya sebagai isyarat kpeada Ali Rustam supaya meletakkan jawatan. Terlalu banyak pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan Melaka antaranya pembinaan Eye On Melaka, MIBC, Pembangunan Pulau Melaka, Stadium Hang Jebat, Litar Go-Kart, Monorel dan sebagainya. Rakyat semakin terhimpit dengan kenaikan harga minyak dan barangan harian. Namun kerajaan BN terus mendiamkan diri membiarkan rakyat terkapai-kapai menjalani kehidupan harian.-/ Mutaligat |