Seorang penyokong PAS yang masih tidak diketahui namanya ditahan Polis semasa ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung di Permatang Serai malam tadi.
Pengarah Unit Amal Pusat, Juhari Othman berkata pemuda tersebut ditahan kerana dituduh memukul penunggang motorsikal yang menganggu ceramah Anwar dengan membunyikan motorsikal mereka dengan kuat.. Beberapa pemuda yang dipercayai diupah oleh parti tertentu merempit tanpa menghiraukan teguran pihak penganjur.
Tindakan provokasi mat-mat rempit tersebut menyebabkan berlaku pergelutan sehingga insiden tersebut tercetus.