Mazlan Aliman selaku Presiden Anak mempersoalkan bagaimana PM dan Menteri memperoleh peruntukan yang besar iaitu melibatkan kos lebih 3 juta ringgit dalam sambutan majlis tersebut.
Sambutan majlis tersebut dilihat melibatkan 135 buah bas dari seluruh negara, khemah-khemah besar di padang awam dan persiapan-persiapan yang lain. Selain itu juga kerahan terhadap pegawai-pegawai felda dari seluruh Johor, Negeri Sembilan dan Pahang untuk turun menyertai majlis tersebut.
Manakala hanya 8.5 juta untuk prasarana perumahan yang akan diberikan kepada generasi kedua di Johor. Bagaimanakah asas kiraan dibuat untuk peruntukan ini kerana kawasan perumahan di felda Johor adalah di kawasan tanah lembah yang mungkin melibatkan kos yang tinggi.
Dalam sidang media pagi tadi, turut dikemukakan laporan polis yang dibuat oleh seorang bapa kerana melibatkan anaknya dari sekolah Kulai menyertai majlis tersebut. Ini berikutan pelajar-pelajar sekolah dibawa keluar tanpa kebenaran PPD. Hal ini perlu dipersoalkan kepada Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran kerana ia jelas menunjukkan penyalahgunaan kuasa. Sumber