Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, January 5, 2011

Khalid Letak Jawatan !!!!


Tiada ulasan sebab nak kena pi ambik anak sekolah

Isu lantikan SUK: 300 tuntut Khalid letak jawatan


Tiga ratus penunjuk perasaan berhimpun di perkarangan bangunan Sultan Abdul Aziz Salahuddin Shah (SAAS) di Shah Alam, hari ini bagi membantah cara kerajaan negeri menangani pengendalian pelantikan setiausaha kerajaan negeri yang baru, Datuk Mohd Khusrin Munawi. Mereka juga menuntut perletakan jawatan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana membantah pelantikan itu yang disifatkan sebagai satu bentuk penderhakaan. "Khalid adalah pengkhianat kepada Raja-raja Melayu. Beliau menipu rakyat dan memburukkan imej pentadbiran awam kerana kepentingan politik,” kata Hamidzun Khairuddin, yang mengetuai Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps). Selain Gaps, antara yang terbabit dalam protes hari ini adalah ahli Umno, PERKASA dan Pemuda MCA. Mereka berarak dari Dataran Shah Alam menuju ke bangunan SAAS tetapi ditahan kira-kira setengah kilometer dari pintu pagar oleh 30 anggota polis. Semasa perarakan itu, kumpulan berkenaan melaungkan “Daulat Tuanku”, “Tangkap Anwar” dan “Undur Khalid”. Sebuah memorandum bantahan kemudiannya disampaikan kepada Khalid yang diterima oleh ketua pentadbirannya, Ghazali Bolhi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular