from DUNIACACAMARBA
Di Telegraph diberitakan bahawa seorang pelajar universiti di UK berhasrat melelong daranya untuk membiayai kos pelajarannya selama tiga tahun. Berita tersebut bukanlah sesuatu yang baru kerana perkara seumpama ini sudah banyak kali heboh diperkatakan di luar negara.
Kali terakhir saya membaca berita seumpama ini membabitkan seorang pelajar yang berjaya menjual daranya dengan nilai 200 ribu pound atau lebih RM1 juta. Lelaki yang berjaya membida "dara" pelajar itu jika tidak silap seorang jutawan dari Rusia. Cerita ini ada disiarkan dalam blog ini sekitar pertengahan tahun lalu.
Berbalik kepada cerita pelajar tadi, Telegraph melaporkan bahawa pelajar yang tidak dikenali itu menawarkan dirinya untuk wang di laman sesawang The Student Rooms. Setakat ini, tawarannya sudah mendapat 92 respon daripada kalangan pelajar.
Iklan yang ditulis pada pukul 4.34 petang pada 26 Disember itu bertajuk "Berhasrat untuk Menjual Dara". Keterangan iklan: "Saya pelajar tahun 1 di sebuah universiti. Keluarga saya tidak berkemampuan dan saya memerlukan wang untuk membiayai pelajaran saya/beri saya kesempatan/pilihan dalam hidup."
Selain itu, pelajar itu turut menggambarkan dirinya agak menarik, berusia 18 tahun, bertubuh kurus, berambut perang, bersaiz 32DD, dan berwajah cantik.
Berita yang saya olahkan semula itu berlaku di luar negara. Namun, apa kurangnya dengan pelajar di negara kita? Bezanya, pelajar di negara kita belum lagi sampai mengiklankan dara di internet, namun mereka tanpa segan silu menjualnya di lorong-lorong gelap, menjajanya di pusat beli-belah, atau menjadi "wanita simpanan" lelaki kaya demi memperoleh wang yang banyak dan menjalani kehidupan mewah. Jangan nafikan kerana hal ini kerap kali diberitakan di akhbar.
Baru-baru ini, sebuah akhbar melaporkan seorang siswi IPT melacurkan diri selama 45 hari hanya kerana mahu menggantikan komputer riba pemberian ibu yang hilang di asrama. Bayangkan betapa hina dan bodohnya siswi tersebut yang sanggup menggadaikan maruah diri hanya semata-mata kerana komputer riba bernilai RM3 ribu! Ini hanyalah sekelumit contoh untuk membuktikan kebodohan segelintir pelajar IPT yang kunun-kununnya bijak namun hakikatnya "bingai tahap gaban".
* Gambar sekadar hiasan.
* Gambar sekadar hiasan.
Add star Like Share Share with note Email Keep unread Add tags
