| KEPALA BATAS, 19 Dis: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan apa yang berlaku terhadap Ketua Pembangkang dan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat 16 Disember di Parlimen lalu sebagai 'pembunuhan karakter' oleh Umno/BN. Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan 2000 perwakilan sempena Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua dekat sini pagi ini. Sebelum itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyampaikan ucapannya. Menyambung hujahnya, Wan Azizah berkata, Umno/BN akan terus mematikan perjuangan pembangkang dengan 'pembunuhan karakter' termasuk pada tahun 1964 yang mana Dr Burhanuddin Al Helmy dan Ahmad Boestamam ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dengan pelbagai sekatan, permainan media dan fitnah serta perkauman melampau, Umno/BN akhirnya berjaya melemahkan perjuangan pembangkang, katanya. Kini ujar Wan Azizah, Umno/BN tersepit setelah Pakatan Rakyat menerajui beberapa negeri termasuk di Perak yang akhirnya dirampas secara 'keji' oleh mereka. Apa yang mereka (Umno/BN) lakukan, semuanya ditutup oleh media mereka, sebaliknya sedikit kesilapan Pakatan Rakyat akan diperbesarkan, katanya. Di Parlimen 16 Disember lalu, Umno/BN mengenakan tindakan penggantungan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Azmin Ali (Gombak), Sivarasa Rasiah (Subang) dan Karpal Singh (Bukit Gelugor), katanya. Penggantungan bukan kerana empat ahli Parlimen tersebut bersalah, sebaliknya kerana memperjuangkan isu pengkhianatan Umno/BN ke atas rakyat dalam isu pelantikan agensi perunding, APCO Worldwide dengan bayaran kontrak RM77 juta, katanya. Pakatan Rakyat membantah penggunaan khidmat APCO bukan kerana soal kepakaran, sebaliknya kerana agensi itu adalah proksi Israel, katanya. Namun ujar Wan Azizah, Umno/BN terus menerus menggunakan kuasa yang ada mempertahankan tindakan mereka melantik firma dari Israel itu tanpa memperdulikan suara rakyat. Baginya, pemimpin Umno/BN hanya leka memperjuangkan kekayaan, memperkayakan kroni dan mempertahan apa sahaja kesalahan mereka meskipun terpaksa membelakangkan undang-undang negara. Berdasarkan kepada senario yang ada hari ini dengan tekanan ekonomi, sosial yang melampau dan penzaliman yang berlaku, beliau mengajak rakyat bersama Pakatan Rakyat untuk menukar kerajaan yang ada kini kepada sebuah kerajaan yang jauh lebih mementingkan hak rakyat. |
Sunday, December 19, 2010
Umno lakukan pembunuhan karakter Anwar
TOP Ten Minggu INI
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
Mohd Nasir Awang Sama ada kemenangan bakal memihak PAS atau sebaliknya pada 30 Januari nanti, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan ...
-
by Topeng Perak® Unmasked 1. Mengarahkan pembelian kereta Mercedes S350 bernilai RM1 juta dengan menggunakan dana Anak Syarikat Selangor ...
-
Social media used in bid to mobilise Syrians for rallies demanding freedom, human rights and the end to emergency law.
-
The ongoing Egyptian anti-government protests have dominated the global headlines for more than a week as protesters continue calling for ...
-
-
Agencies CAIRO, Feb 1: Up to two million protesters converge in the center of the Egyptian capital, Cairo, as a “million man march” con...
-
-
"Perdana Menteri berkata perjuangan Umno dan BN selama ini menepati ciri-ciri negara kebajikan seperti dalam bidang pendidikan, kesiha...
-
State media reports that Egyptian military leaders held an important meeting as protesters plan new demonstrations.
Paling Popular
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
Mungkin ada yang dah kenal, atau mungkin baru nak mengenali bakal pemimpin akan datang kita ni. Apa yang dipaparkan nanti betul-betul tidak...
-
Anak main fb, bapak dalang hina hudud terkantoi Konspirasi didedahkan oleh hanief = malaysianews Guna user name matamata . Disyaki seba...
-
DAYAH paling kanan yang hampir nak tersembul tu..
-
Edisi Berita Tak Pelik Setelah persetujuan rundingan meja bulat oleh Menteri-menteri BN yang kaya melebihi tokey 18 petrol pam dibuat dip...
-
Menteri Kata Tidak Salah Tonton Porno Jika Bukan Cari KEUNTUNGAN. Wow!
-
-
Mitshubishi tiru proton wakaka!! Tragedi yang menyayat hati telah berlaku petang tadi depan mata masa gua singgah showroom Edaran Otomobil...
-
Rakaman pengisytiharan Siapa Penderhaka Di Gua Musang di dalam Majlis Ramah Mesra Ke Bawah Duli yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Bersama ...
-
ADAKAH IA SEBAHAGIAN DARI KONSPIRASI DAJAL / PARA KONSPIRATOR DUNIA ??