| Khairil Abdul Rahim |
TEMERLOH, 22 Dis: Pakatan Rakyat Negeri Pahang hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung perbelanjaan melampau dan amat meragukan dalam projek pengubahsuaian Rumah Rehat Bentong sehingga disyaki berlaku penyelewengan dana kerajaan. Laporan tersebut dibuat berdasarkan laporan Ketua Audit Negara bagi Negeri Pahang yang dikeluarkan baru-baru ini, di mana didapati terlalu banyak item-item tuntutan yang tidak munasabah kerana harga yang terlalu tinggi berbanding di pasaran. Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Pahang, Roslan Zainal yang mewakili Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyerahkan laporan memohon diadakan siasatan segera itu kepada Penolong pengarah SPRM Pahang Cawangan Temerloh Abdul Malik Mohd Yusof. Turut mengiringi ialah Penasihat Undang-undang PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid, Setiausaha Penerangan PAS Pahang Hashim Abdullah, Timbalan Ketua Cabang PKR Temerloh Abdul Kadir Abdul Manap serta kira-kira 30 orang penyokong. Roslan yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Pahang dalam sidang medianya selepas itu berkata, Abdul Malik telah berjanji untuk membawa laporan tersebut ke atas untuk disiasat. “Dalam laporan Ketua Audit Negara menyebutkan tentang pemasangan papan tanda tandas di Rumah Rehat Bentong dituntut dengan jumlah RM871 sedangkan audit menjelaskan pada harga pasaran barang tersebut hanya berharga RM65. “Begitu juga dengan tuntutan set sofa yang pada nilaian pasaran cuma berharga RM990 telah dituntut sebanyak RM3,530. Lebih mengejutkan dalam laporan itu ialah tuntutan set lampu yang pada harga pasarannya cuma RM9,200 tetapi telah dituntut terlalu tinggi sehingga berjumlah RM38,700. Dan banyak lagi item lain,” jelasnya. Roslan juga dalam laporannya menggesa SPRM menyiasat bagaimana kerajaan negeri membuat syarat perjanjian pinjaman yang tidak menjamin kepentingan kerajaan melalui terma perjanjian pinjaman kepada syarikat-syarikat kerajaan negeri seperti Aspa dan PKNP. “Kelemahan ini telah mendapat teguran keras Ketua Audit Negara. Bayangkan tidak ada syarat yang melindungi kepentingan kerajaan negeri sedangkan itu amanah rakyat. Bagi kami, apa yang berlaku merupakan kelemahan pengurusan mega yang boleh menjerumuskan kerajaan negeri kepada suatu keadaan yang terdedah kepada penyelewengan dan kebankrapan,” tambahnya. Roslan juga turut membangkit bahawa betapa perlunya SPRM bertindak demi memulihara persepsi umum terhadap agensi tersebut. Katanya, sebelum ini banyak laporan telah dibuat tetapi hasil siasatannya tidak kedengaran termasuk isu penyelewengan balak oleh bekas Menteri Besar Pahang Tun Khalil Yaakub yang telah dilaporkan oleh Datuk Fauzi Abdul Rahman 10 tahun lalu. |
Wednesday, December 22, 2010
Tuntutan melampau: Pakatan Pahang lapor SPRM
TOP Ten Minggu INI
-
Tom Reilly, TULLY February 8, 2011 Click to play video Army helps with Yasi clean-up In the wake of Yasi, the army is helping to repair sch...
-
-
Seperti yang didedahkan sebelum ini, pengurusan NFC telah menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi mil...
-
Oleh: MUTALIB M.D
-
SOALAN Ustaz, baru-baru ini ada seorang pemberi motivasi yang tersohor di tanahair memberitahu boleh seorang GRO yang telah mengandungkan an...
-
United Borneo Front has called for all references to 'racial based dominance to be abolished'. KOTA KINABALU: Federal leaders have b...
-
KENYATAAN MEDIA RAKYAT SARAWAK TOLAK POLITIK ‘JEMBALANG’ DAN ‘HANTU’ BARISAN NASIONAL (2 April 2011)
-
Sistem PFI UiTM bukti duit PTPTN untuk mengenyangkan kroni? Masalah student boleh atau tidak bayar pinjaman PTPTN tu cerita lain tapi duit...
-
Di sebalik desas-desus pilihan raya umum ke-13, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengundang pihak mempertikaikan kerajaan Kelantan agar...
-
SINAR hari ini menyiarkan kenyatan YB Zul Kulim yang mencabar DS Anwar untuk menyerahkan DNA nya sepertimana desakan beberapa kumpulan yang ...
Paling Popular
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
Mungkin ada yang dah kenal, atau mungkin baru nak mengenali bakal pemimpin akan datang kita ni. Apa yang dipaparkan nanti betul-betul tidak...
-
Anak main fb, bapak dalang hina hudud terkantoi Konspirasi didedahkan oleh hanief = malaysianews Guna user name matamata . Disyaki seba...
-
DAYAH paling kanan yang hampir nak tersembul tu..
-
Edisi Berita Tak Pelik Setelah persetujuan rundingan meja bulat oleh Menteri-menteri BN yang kaya melebihi tokey 18 petrol pam dibuat dip...
-
Menteri Kata Tidak Salah Tonton Porno Jika Bukan Cari KEUNTUNGAN. Wow!
-
-
Mitshubishi tiru proton wakaka!! Tragedi yang menyayat hati telah berlaku petang tadi depan mata masa gua singgah showroom Edaran Otomobil...
-
KUCHING: KEADILAN membantah sekerasnya-kerasnya tindakan Barisan Nasional yang menggunakan pengundi yang memegang kad pengenalan hijau bag...
-
Rakaman pengisytiharan Siapa Penderhaka Di Gua Musang di dalam Majlis Ramah Mesra Ke Bawah Duli yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Bersama ...