Wednesday, December 22, 2010

Fitnah jadi mainan kepada umno

by johorkini
Benarkah apa yang disampaikan oleh bekas ahli pas Saidi Hussin yang mengaku kononnya menjadi saksi utama kejadian.
Bagi yang normal, perkara ini tentu telah diselesaikan dan menjadi bahan berita utama didalam media milik umno, namun sehingga tulisan ini ditulis, JOHORKINI belum mendengar ada siaran berita menyiarkan kes fitnah ini.
JOHORKINI menyifatkan kes fitnah penzinaan ini sengaja diadakan oleh pihak musuh politik untuk merancang menjatuhkan kerajaan Melayu Islam Kelantan oleh golongan yang mendabik dada sebagai mempertahankan Ketuanan Melayu sedangkan mereka memusuhi orang-orang Melayu Kelantan yang telah memilih sebuah kerajaan yang memperjuangkan bukan sahaja nasib bangsa tetapi Islam yang semakin longgar didalam amalan umno.
JOHORKINI hanya ingin menegaskan untuk mempercayai fitnah ini adalah tidak sama sekali kerana ianya disampaikan oleh mereka yang telah secara jelas mengkhianati pengakuan mereka dihadapan Allah Taala bahawa solat, ibadah, hidup dan mati hanya semata-mata kerana Allah tuhan sekelian alam, diluar waktu solat mereka mendedahkan aurat, membenarkan judi, bergaul lelaki perempuan, berpesta yang melalaikan dan segala kemungkaran yang Allah larang mereka buat, maka golongan ini tidak layak untuk dipercayai kata-katanya. Mereka berdusta dihadapan Allah inikan sesama manusia.