| Harakahdaily |
| KUALA LUMPUR, 21 Dis: Bak kata pepatah bahawa ‘publisiti buruk juga merupakan publisiti’, para pemimpin DAP semalam menyatakan bahawa mereka ‘terharu’ oleh perhatian istimewa yang diberikan oleh akhbar pro Umno, Utusan Melayu. Semalam, akhbar itu telah mendedikasikan enam laman termasuk muka depan untuk menyerang DAP, selepas presiden partinya Karpal Singh menjujung untuk mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Pengistiharan Karpal tersebut dilihat sebagai satu ancaman bagi Umno kerana mereka ibarat kehilangan satu senjata berharga untuk menakutkan orang Melayu untuk bersama Pakatan Rakyat. “Utusan memberikan penghormatan khusus kepada DAP dengan enam halaman liputan termasuk muka depan. Kita mesti telah melakukan sesuatu yang benar!” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua di Twitternya. “Ada seorang pemimpin Umno yang telah menasihati Perdana Menteri (Najib Razak) untuk menyuruh Utusan untuk mengurangkan agenda rasisnya setengah tahun yang lalu kerana ia tidak membantu dalam kempen 1Malaysia Perdana Menteri. "Samada Perdana Menteri tengah tidur atau beliau setuju dengan pandangan rasis Utusan, serangan hari ini pada DAP and Guan Eng langsung tak masuk akal,” kata Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong. Kebanyakan serangan Utusan ditujukan pada Ketua Menteri Pulau Pinang, yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang difitnah oleh akhbar tersebut sebagai seorang yang rasis dan anti-Melayu. Beberapa pemimpin Umno juga melabelkan DAP sebagai alat kepada regim Singapura, sehinggakan ada yang menggesa parti itu diharamkan. Sebelum ini, Utusan juga menuduh bahawa DAP berperanan di sebalik pendedahan WikiLeaks yang memetik Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew sebagai berkata Ketua Pembangkang telah merelakan diri “berjalan masuk ke perangkap sodomi”. Sementara itu, penasihat DAP Lim Kit Siang mencabar Perdana Menteri Najib Razak untuk melaksanakan seruannya yang menyuruh media untuk memainkan peranan sebagai penganjur kesederhanaan dalam mengetengah dan menonjol semula agenda keamanan dan pragmatisme. “Gerakan kesederhanaan boleh meminggirkan ekstremisme dan media mempunyai peranan bermakna untuk dimainkan dalam mencapai mencapai hasrat ini,” kata Najib semasa merasmikan konvensyen antarabangsa ke-43 World Chinese Language Press Institute semalam. “Bagus seruan itu, tapi Najib tidak melaksanakan kata-katanya. Najib harus bertanya bagaimana beliau boleh mengharapkan promosi beliau sedangkan Utusan Malaysia dibenarkan untuk melakukan propaganda ekstrem yang terteruk dengan penipuan dan kepalsuan setiap hari,” bidas Kit Siang. |
Tuesday, December 21, 2010
DAP 'terharu' layanan istimewa Utusan
TOP Ten Minggu INI
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
Walaupun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat hadir pada ceramah Pakatan Rakyat malam semalam, kerana berkempen di Sarawak...
-
Mohd Nasir Awang Sama ada kemenangan bakal memihak PAS atau sebaliknya pada 30 Januari nanti, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan ...
-
PAGE rasmi Saluran Informasi BERITA mengenai ISU-ISU SEMASA dan PILIHANRAYA (PRK & PRU). SILA KLIK [ DI SINI ] (Laporan langsung s...
-
-
from Laksamana Bukit Bintang by lanbb88 Kesian Melaka, kesian Raja Mahmud Shah dan memang patut beliau mendapat balasan demikian. Apapu...
-
by Topeng Perak® Unmasked 1. Mengarahkan pembelian kereta Mercedes S350 bernilai RM1 juta dengan menggunakan dana Anak Syarikat Selangor ...
-
-
TASEK GELUGOR - Penantian lebih 550 penduduk Kampung Guar Petai di sini untuk mendapatkan sebuah surau sepertimana yang dijanjikan oleh seo...
-
Bekas Ketua Hakim, Tun Mohd Dzaidin Abdulah berkata, mahkamah-mahkamah Malaysia hari ini telah akur kepada kehendak ahli-ahli politik dalam ...
Paling Popular
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
Mungkin ada yang dah kenal, atau mungkin baru nak mengenali bakal pemimpin akan datang kita ni. Apa yang dipaparkan nanti betul-betul tidak...
-
Anak main fb, bapak dalang hina hudud terkantoi Konspirasi didedahkan oleh hanief = malaysianews Guna user name matamata . Disyaki seba...
-
DAYAH paling kanan yang hampir nak tersembul tu..
-
Edisi Berita Tak Pelik Setelah persetujuan rundingan meja bulat oleh Menteri-menteri BN yang kaya melebihi tokey 18 petrol pam dibuat dip...
-
Menteri Kata Tidak Salah Tonton Porno Jika Bukan Cari KEUNTUNGAN. Wow!
-
-
Mitshubishi tiru proton wakaka!! Tragedi yang menyayat hati telah berlaku petang tadi depan mata masa gua singgah showroom Edaran Otomobil...
-
Rakaman pengisytiharan Siapa Penderhaka Di Gua Musang di dalam Majlis Ramah Mesra Ke Bawah Duli yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Bersama ...
-
ADAKAH IA SEBAHAGIAN DARI KONSPIRASI DAJAL / PARA KONSPIRATOR DUNIA ??