Belanjawan 2012 yang dibentang Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada sebelah siang, tidak mengalih pandangan untuk perbincangan soal sejarah yang sekian lama dimanipulasi sebagai alat parti pemerintah. Lebih 120 orang memenuhi ruang dewan yang sepatutnya hanya mampu memuatkan 100 orang sahaja. Rata-rata adalah anak muda selain tokoh politik dan ahli akademik.
PAS mampu menyelamatkan Melayu Islam daripada hilang kuasa setelah Umno gagal menjaga amanah bangsa.
“Inilah jawapan kepada kebimbangan Tun Dr Mahathir yang mengatakan Melayu akan hilang kuasa dalam sepuluh tahun lagi,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.